Zahiril Adzim Terkena Tempias Kes Ude Gara-Gara Tahi Lalat Di Dagu

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim meluahkan rasa kurang senang apabila netizen mula mengaitkan wajahnya seiras dengan suami Izreen Azminda iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Perkara tersebut timbul sejak minggu lalu ketika kontroversi rumah tangga pemuzik itu yang menceraikan isterinya Intan Liana Saleh Khamis lalu apabila ia menjadi perhatian netizen.

“Tu laa sekali dua tu bolehlah tumpang senyum sekali. Bila dah banyak sangat haih annoying pulak,” tulisnya di twitter.

Netizen samakan wajah Zahiril dengan Ude.

Zahiril berkata demikian ketika menjawab kenyataan seorang selebriti Reza Mohamed yang turut terkena tempias yang sama.

Bekas penyampai radio itu pula berkata, tahi lalat di dagu membuatkan dia sering ditegur mempunyai wajah seiras dengan pemuzik berkenaan.

“Pasal tahi lalat, ada yang samakan aku dengan kau, Ude… Sakit hati aku, gelak!,” ujarnya.

Zahiril dan Reza Mohamed dikatakan seiras dengan Ude.

Ude menceraikan Intan dengan talak satu kira-kira pukul 9.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Sumber

 

Artikel Berkenaan..

Sheila Rusly Jadi Mangsa Lepas Geram Pembenci Izreen

NAMPAKNYA kemarahan netizen terhadap pelakon Izreen Azminda masih belum reda walaupun dia kini sudah menutup sementara laman Instagramnya sejak 2 Mac lalu.

Terbaharu pengarah dan pelakon Sheila Rusly menjemput Izreen sebagai artis jemputan menerusi program Ketuk Ketuk Ramadan mengundang kemarahan netizen.

Tindakan Sheila memuat naik gambarnya bersama Izreen ketika di set penggambaran program itu di Instagram telah menyebabkan foto itu dilimpahi komen tidak puas hati terhadap Izreen.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Terima Talak Satu, Ude Milik Izreen Sepenuhnya

“Tersenyum tertawa di luar. Terguris terluka di dalam. Tak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan. Simpati tapi jangan hukum sampai mati.

“Kita doa yang baik-baik Insya-allah semuanya akan baik. Stay positive korang,” tulis Sheila pada kapsyen gambar tersebut.

Gara-gara foto tersebut, Sheila menjadi mangsa kritikan netizen yang menyifatkan tindakannya menjemput Izreen sebagai tetamu undangan program itu sebagai tidak patut dilakukan.

Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada Ogos tahun lalu.

Malah ramai di antara pengikut Sheila memberitahu tidak akan menonton episod yang menampilkan Izreen sebagai tanda protes terhadap aktres itu.

“Kak yang lebih berusia sepatutnya lebih sensitif dengan keadaan dan isu semasa. Akak tahu kes Izreen ramai orang memang tan nak tengok muka Izreen sekarang, kenapa Akak jemput Izreen?

“Itu namanya cari pasal. Akak janganlah marah kalau orang kecam Akak. Rancangan Akak memang ramai peminat tapi netizen ni sensitif isu-isu semasa. Jadi Akak bertabahlah,” tulis pengikutnya yang menggunakan nama @fatts8.

@shidahzainal86 pula menulis; ” Memang tak tengok la Ketuk Ketuk Ramadan tahun ini. Sayang hilang pahala puasa takut terkutuk isteri kesayangan Ude”.

Dalam pada itu, Sheila sempat membalas beberapa komen yang mendakwa dia seolah-olah menyokong Izreen.

“Awak tahu ke apa soalan saya tanya pada Izreen? Mana awak tahu saya sokong dia?

“Saya yang tiada kena mengena ini pula awak hukum. Aduh, mak ai… netizen, netizen,” tulisnya.

Kontroversi terhadap Izreen tercetus apabila suaminya iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertama, Intan Liana Saleh hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai pada 28 Februari lalu.

Ude dan Intan bercerai pada Khamis lalu.

Ude menceraikan Intan yang juga merupakan isteri pertama dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis.

Gara-gara peristiwa itu, ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Kisah rumahtangga pemuzik bebas tersebut dengan Intan berakhir pada Khamis.

Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *