‘You and mak you, dua-dua b0 doh!’ – Anak dakwa dia dan ibunya dim4ki pelanggan yang tak reti bersabar

Viral di media sosial, seorang wanita mendakwa dia dan ibunya dimaa ki oleh pelanggan pasar raya yang tidak bersabar dengan mereka, hanya kerana perkara yang remeh.

Menurut Komala Naidu, juruwang memaklumkan botol susu yang diambilnya tidak mempunyai barcode dan oleh itu tidak dapat diimbas dan dijual kepadanya. Komala kemudian diminta oleh ibunya untuk mengambol botol susu yang lain.
Sekembalinya Komala ke kaunter, dia melihat ibunya dimarahi oleh pelanggan wanita, yang juga turut melemparkan kata-kata bersifat perkauman.

Ada sesiapa yang dari Shah Alam mengenali wanita ini? Dia baru saja menyerang saya dengan melemparkan kata-kata raa sis, malah mengata ibu saya b0 doh di hadapan saya, hanya kerana perkara yang remeh. Dia juga menyerang saya menggunakan troli pasar raya. Saya akan buat laporan polis. Mohon bantu.

Sebelum itu, saya berada di kaunter pembayaran dan dia berada di belakang, menunggu gilirannya. Ibu saya ada mengambil sebotol susu tetapi juruwang kata tiada barcode pada botol itu dan tidak dapat dimasukkan dalam senarai pembelian.

Saya kata tak apa dan selepas beberapa ketika, ibu berubah fikiran dan meminta saya segera mengambil botol susu yang lain.

Barisan ketika itu tidak panjang dan tempat untuk mengambil botol susu itu sangat dekat. Dalam troli kami tak banyak barang, dan pasar raya pun tak sesak. Troli wanita itu juga hanya mengandungi beberapa barangan sahaja.

Kurang dari lima minit, saya kembali semula ke kaunter bayaran dan wanita itu menjerit terhadap ibu saya yang berdiri di situ tanpa berkata apa-apa.

“India kel *ng menyusahkan orang… You and mak you dua-dua b0 doh!”

Saya kata, “Benda kecil je pun, takkanlah you nak maa ki macam ni?”.

Dia berang dengan kata-kata saya dan dari situ bermulanya kejadian tersebut.

Saya tak berapa ingat sangat mengenai kejadian itu sebab saya bukan jenis yang mahu mengambil kisah dengan perkara sedemikian

Saya sedang berusaha mendapatkan video rakaman kamera litar tertutup. Tujuan saya post ini untuk mencari identiti wanita ini.

Sumber: Komala Naidu
“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi).  

Kredit: the reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *