Wahh Gempak ! Video ‘Parodi’ Blackpink Ini Wajar Dipuji

Kumpulan penyanyi Korea terkenal,Blackpink kembali popular menerusi single terbaru mereka,“Ddu-Du Ddu-Du,”. Blackpink yang dianggotai Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose mula terkenall sejak 2016 menerusi album single mereka yang berjudul Square One.

Cipta Rekod Di Korea

Sejak mula diperdengarkan, Blackpink terus mencipta sejarah apabila single itu memecah rekod sebagai video muzik Korea yang mendapat tontonan paling tinggih dalam masa 24 jam. Dilancarkan pada 5 Julai yang lalu, dalam masa 24 jam mereka sudah mencatat 36.2 juta jumlah tontonan dan kini hampir mencapai 300 juta jumlah tontonan.

Parodi Kanak-Kanak Yang Mencuit Hati

Penangan lagu ini, sekumpulan kanak-kanak dari Thailand telah membuat video parodi dengan meniru lagak Blackpink.

Cukup dengan menggunakan barang sekitar mereka, parodi dan aksesori yang digayakan mereka benar-benar sama malah kelihatan begitu sempurna sekali. Rata-rata yang menonton video tersebut begitu kagum dengan kanak-kanak ini. Hebat!

Sumber : Hangat

ARTIKEL SETERUSNYA.

Kenali Jare Yang Digelar Sebagai Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia!

Jika definisi anda mengenai cantik sebelum ini lebih tertumpu kepada mereka yang berkulit putih dan bermata biru ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu bagi kecantikan seseorang individu itu.

Jare, Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia

Ini terbukti apabila media antarabangsa tertumpu pada seorang kanak-kanak perempuan Nigeria berusia lima tahun yang dikenali sebagai Litte Jare. Meskipun kulitnya berwarna gelap, namun tona nya itu berjaya menarik perhatian dunia dan wajahnya juga dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.

Mahu Jadikan Sebagai Model Profesional

Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya.

Menurut sumber, selain Jare, dua kakaknya Jomi dan Jobs juga punyai tona kulit yang cantik dan gemar beraksi di hadapan kamera secara amatur.

Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti sama seperti Thylane Blondeau yang tular suatu ketika dahulu kerana wajahnya yang cantik ketika masih kecil.

SUMBER.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *