[VIDEO] Viral Anak Dera Ibu!!! Sepak Kepala & Tampar Bertubi-Tubi.

BEIJING – Seorang anak layak digelar ‘si tanggang’ kerana bukan sahaja tergamak memukul ibunya, malah lebih kejam turut menampar mangsa secara bertubi-tubi.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah rumah di bandar Chande, China selepas suspek dikatakan tidak tahan dengan sikap degil ibunya yang sering menyepahkan rumah.

Menerusi rakaman video yang kini tular di laman Weibo, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Peng dilihat menarik dan menyepak kepala ibunya berkali-kali, biarpun pada mulanya wanita itu tidak melawan.

Mangsa yang dikenali sabagai Zhang, 90, kemudian cuba mengasaknya dengan memberi tendangan namun ia nyata tidak menghentikan perbuatan suspek.

Susulan tersebarnya video rakaman, Peng telah ditahan polis dan dia turut mengaku menyerang ibunya kira-kira jam 11 pagi pada 22 Mac lalu.

Menurutnya, ibunya sering membuatkannya marah kerana gemar ‘menghilangkan diri’ dengan bersembunyi di dalam rumah itu memaksanya membuang masa mencarinya.

Peng berkata, ibunya juga sering menyepahkan rumah walaupun sudah berulang kali ditegur secara baik dan pada hari kejadian dia hilang sabar menyebabkannya memukul wanita itu.

Insiden itu turut mencetuskan kemarahan netizen tempatan sehingga terdapat laporan yang mengatakan segelintir pihak ingin ‘bersemuka’ dengan Peng bagi memberikannya pengajaran atas perbuatannya.

Credit to Mynewshub

Insiden lain….

Penumpang Meninggal Ketika Dalam Penerbangan

KUCHING – Seorang penumpang pesawat Malindo yang sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuching meninggal dunia pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt. Abang Junaidi Abang Anuar berkata mangsa, Wong Ho Huah, 46, dari Sri Aman yang juga penghidap kanser darah disahkan meninggal dunia kira-kira 11.10 pagi oleh penyelia penerbangan tersebut.

Beliau berkata sepanjang penerbangan itu Ho Huah ditemani abangnya yang duduk bersebelahan dengannya dalam pesawat itu.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira 12.03 tengah hari sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Maong menuju ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kematian mangsa adalah disebabkan kanser darah yang dialaminya sejak lebih kurang dua tahun lepas. Kejadian juga tiada melibatkan unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. – BERNAMA

Video sekadar perkongsian…

SUMBER : CILIPADI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *