[VIDEO] Nabil Ahmad Ditegur Kerana Bertindak Biadab Pada Caliph Buskers.

Depakataviral19 / 9 / 2018

Bukan perkara asing jika isu ini datangnya dari pengacara dan juga pelawak Nabil Ahmad. Nampaknya sekali lagi sikap Nabil telah dikecam netizen gara-gara berlawak tidak kena pada tempatnya. Perkara tersebut dilakukan Nabil sewaktu mengacara program Meletop di Astro Ria.

Kali ini Meletop telah menjemput barisan pelakon filem seram romantik Langsuir yang  ditayangkan pada 20 September 2018 di seluruh pawagam di Malaysia. Dalam siaran tersebut, studio telah dikejutkan dengan kehadiran hantu langsuir yang menjelma selepas lampu terpadam secara tiba-tiba. Nabil yang terlihat terkejut telah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati ahli kumpulan Caliph Busker.

“Bawa Hantu Langsuir ni ke Caliph Busker, diorang tak tahu”

https://youtu.be/XIibhjg2IIo

Seperti mana yang mana kita tahu, kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan. Ternyata lawak yang disampaikan oleh Nabil tersebut mengundang kritikan di laman youtube. Ada yang menyifatkan lawak Nabil terlalu biadap selain dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.

 

Mungkin sahaja Nabil hanya bergurau dan tidak ada niat untuk mengguris hati Caliph Busker, tetapi netizen yang melihat merasa simpati terhadap mereka yang cacat penglihatan.  Walaupun gurauan sebegini agak kurang sesuai tapi rasanya semua orang dah kenal cara Nabil melawak dari dulu hingga sekarang.

Sumber : Hangat

ARTIKEL LAIN

Dulu dikecam. Kini, netizen doa Izreen Azminda Dan Ude bahagia selamanya.

Depakataviral – 19 / 9 / 2018 | sumber : beautifulnara

Bukan mudah apabila ingin mendirikan rumah tangga dengan suami orang lebih-lebih lagi selepas si suami tiba-tiba membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertama. Tidak boleh lari daripada persepsi masyarakat yang mengatakan tentulah isteri kedua punca segalanya, itulah situasi yang dihadapi oleh pelakon Izreen Azminda sebelum ini, dikecam dan dicaci serta dilabel sebagai perampas.

Mungkin tertekan dan tidak mahu dirinya dipersalahkan dengan kontroversi yang berpanjangan selama berbulan lamanya, Izreen membuat keputusan untuk menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Walaubagaimanapun, foto terbaru mereka bersama yang dimuat naik oleh Ude mendapat reaksi yang berbeza sekali. Foto tersebut menunjukkan pasangan ini meluangkan masa bersama anak-anak di sebuah restoran.

Rata-rata netizen memberikan komen yang sangat positif dan mendoakan mereka semua kekal bahagia sehingga ke syurga.

Apa yang berlaku dahulu tidak mungkin akan dapat diubah lagi dan setiap yang terjadi ada hikmahnya. Bak kata pepatah, perkara yang lepas jangan dikenang. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan kita mendoakan yang terbaik buat mereka.

ARTIKEL LAIN

Aliff Syukri Menafikan  Dakwaan Ciplak Lagu Bobo Dimana, Hanya Tajuk Yang Sama.

Depakataviral – 18 / 9 / 2018 | sumber : beautifulnara

Lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna dipenuhi dengan pelbagai kontroversi. Bukan sahaja dikecam kerana penuh unsur lucah, lagu tersebut juga dikatakan diciplak.

Malah, penyanyi Rap Indonesia, Roy Ricardo yang merupakan pemilik asal lagu Semalem Bobo Dimana sudah memuat naik satu video mengenai isu tersebut. Menurut Roy  memang benar lagu Bodo Dimana menggunakan melodi serta lirik yang sama dengan lagunya itu yang sudah terlebih dahulu popular sekitar tahun 2014.

Seperti biasa, netizen pasti cukup pantas menanyakan hal tersebut kepada Aliff. Menerusi ruangan Ask Me A Question, jutawan kosmetik itu memberitahu tiada siapa yang ciplak cuma tajuknya sahaja yang sama.

Pada masa yang sama, Lucinta Luna juga menafikan isu ciplak itu dan mendakwa penyanyi rap itu sengaja ingin meraih perhatian dan menumpang populariti lagu Bobo Dimana yang sudah viral.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *