[VIDEO] “Anggun Dah Salah Duet Ni..” – Suara Tak Sedap, Fazura Teruk Dikutuk Peminat Indonesia!

Lagu-lagu dekat Malaysia konfem laku macam pisang goreng kalau lagu tu sedap, kena dengan suara penyanyi, and kena pulak dengan citarasa pendengar. Kalau kita tengok, dari tahun lepas ada je penyanyi-penyayi baharu yang tiba-tiba muncul dekat industri muzik ni, tapi lagi glamour berbanding penyanyi suam kuku yang memang ada dekat Malaysia ni disebabkan suara dorang yang sedap and sesuai dengan lagu tersebut. Kita tengok jelah Hakim Rusli, Aiman Tino and ramai lagi. Dorang tu semua famous sebab suara dorang memang mantap.

Tapi kenapa bila pelakon daripada Malaysia tiba-tiba nak jadi penyanyi, kena kecam pulak eh? Macam Fazura, sebelum ini dia memang dah menyanyi cuma tak famous sangat sebab more to lakonan. Tapi sejak tahun lepas, Fazura ni macam aktif dalam bidang nyanyian, sebab banyak lagu baharu yang dia ada, tapi masih lagi kena kecam sebab suara dia yang tak berapa nak sedap. Eh betul ke?

Sumber: Google
Dua hari lepas, tular rakaman suara yang dinyanyikan oleh Fazura dan Anggun, iaitu penyanyi terkenal di Indonesia. Kalau nak cakap suara Anggun ni, fuhh bila dengar memang meremang bulu roma beb! Lagu yang bertajuk ‘The Good is Back’ menampilkan Anggun feat Fazura, dan video tersebut dikeluarkan sendiri oleh Anggun di youtube miliknya.

Pada mulanya Anggun keluarkan lagu tersebut di mana dia feat Rossa, dan video tersebut mendapat 15 ribu tontonan, dengan 779 thumbs up dan 22 thumbs down. Rata-ratanya suka dengan suara mereka sebab katanya serasi bersama. Namun untuk Anggun feat Fazura pulak, mendapat tontonan sebanyak 21 ribu, dengan 698 thumbs up dan 156 thumbs down. Alamak berbezanyaa dengan feat Rossa!

Sumber: Blog
Rata-rata peminat tak berapa nak suka dengan suara Fazura, sebab netizen ini kata suara dorang langsung tak serasi sebab yelah, Anggun punya suara tu memang sedap gila kan. Peminat-peminat daripada Indonesia pun turut kritik suara Fazura, dan tak suka bila dorang berduet.

“Bukan maksud nak mengata, tapi jadi aneh bila dengar. Tak seimbang!”

“Rasanya duet The Good is Back lagi best dengan Rossa”

“Kenapa tak ajak Dato Siti Nurhaliza? Rasanya lagi best kot!”

Sumber: Blog
Namun masih ada jugak yang suka dengan suara Fazura, sebab kalau korang dengar betul-betul, memang fluent gila english dia.

“I like it. Not bad for an actress turns singer“

“English Fazura sangat fluent and sedap didengar. Pemilihan memang kena. Sebab susah nak cari penyanyi Malaysia yang boleh nyanyi english dengan bersahaja”

“Aku takde dengar apa-apa cacat pun dengan lagu ini?”

Admin dengar best je suara Fazura. Apa yang tak bestnya? Ish macam-macam lah korang ni!

Baca: “Bukan apa, kot kot mengidam ke apa” – Bagi ‘Hint’ Mengidam Kerana Makan Banyak, Fazura Sudah Hamil?

sumber:  Media2040 via ohgebang

Anggun Tayang Suami Keempat..Bukan Biasa2 rupanya

 

 

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi cantik Indonesia, Anggun yang menjadi salah seorang juri pencarian bakat Asia’s Got Talent.

Anggun atau nama sebenar Anggun Cipta Sasmi, 43, berjaya mencipta namanya bukan sahaja di Indonesia malah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Justeru tidak hairanlah apabila ramai yang ingin menjadi seperti Anggun, cantik dan berjaya serta dilabel salah seorang penyanyi terbaik di Indonesia oleh kerana mempunyai vokal yang mantap

Anggun juga mendapat gelaran wanita Indonesia yang natural beauty kerana sering mengenakan solekan yang minimalis. Tanpa solekan sarat,terpancar kejelitaan semula jadi Anggun.

Mungkin tuah menyebelahinya dari segi karier, tetapi wanita kelahiran Indonesia, Jakarta ini kurang bernasib baik dalam kehidupan berumah tangga.

 

SELEPAS beberapa episod kegagalan rumah tangga, Anggun menjadi lebih selektif untuk berkongsi cerita peribadinya.

Namun, baru-baru ini penyanyi lagu Snow On The Sahara itu sering berkongsi foto seorang jejaka berketurunan Inggeris yang dipercayai merupakan suaminya yang keempat bernama Christian Kretschmar, 43.

Lelaki itu bekerja sebagai seorang jurugambar profesional yang sering membidik foto-foto Anggun terutama ketika konsert.

Menurut laporan dari Win Net News, Anggun mula mendedahkan suaminya itu pada Acara Diaspora 2017 bulan Julai lalu

Anggun telah berkahwin sebanyak tiga kali, suami pertamanya Michael Georgea yang juga pernah menjadi pengurusnya. Anggun berkahwin dengan Michael pada tahun 1992 dan akhirnya memutuskan untuk bercerai pada tahun 1999.

 

Kali kedua Anggun berkahwin bersama Oliver Maury jejaka dari Kanada pada tahun 2004 dan berpisah pada tahun 2006.

Seterusnya, perkahwinan ketiga Anggun adalah dengan penulis dari Perancis, Cyril Montana pada tahun 2010.

Menerusi hasil perkahwinan bersama Cyril Montana, Anggun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kirana Cipta Montana yang kini berusia 10 tahun.

Sayangnya sekali lagi perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama, Anggun dan Cyril Montana dikatakan berpisah pada tahun 2014 apabila memuatnaik gambar bersama seorang jejaka bernama Edwardo.

Terbaru, Anggun dikhabarkan telah berkahwin lagi buat kali yang keempat dengan Christian Kretschmar, 43, seorang jurugambar profesional yang sering mengambil gambar-gambar Anggun terutamanya di konsert-konsert.

 

Pelantun lagu Berganti Hati itu dilihat sering berkongsi foto kemesraan bersama suami barunya ini di laman sosial.

Walaupun sering gagal dalam perkahwinan namun Anggun tetap terbuka untuk peminat mengetahui kehidupan peribadinya.

Bercerita tentang album terbaharunya berjudul 8 apabila menampilkan sebuah lagu duet bersama pelakon dan penyanyi tempatan, Fazura berjudul The Good Is Back.

Album kelapan Anggun yang memakan masa selama dua tahun untuk disiapkan itu baru dilancarkan pada 8 Disember lalu dengan memuatkan sebanyak 12 buah lagu seperti What We Remember, No Promises, Oceans, Thank You, Inhuman dan Alive.

Menceritakan tentang kerjasama tersebut, ia merupakan salah satu keistimewaan yang sering dititikberatkan oleh pelantun lagu Snow On The Sahara itu dalam setiap kelahiran album terbaharunya.

“Saya selalu memberi sesuatu yang istimewa untuk peminat. Apa lagi untuk di Malaysia yang kali terakhir saya datang ke sini ketika persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends.

“Mengenai kolaborasi dengan Fazura, sebelum ini saya hanya mengenalinya melalui internet dan ada menonton beberapa episod program Facing Up With Fazura. Dari situ, saya dapat rasakan sesuatu yang sangat menyentuh hati tentang dia,” ujarnya yang ditemui pada satu sesi temu bual bersama media di E-Studios Production, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah wanita berusia 43 tahun itu lagi, ada banyak persamaan antara dirinya dengan Fazura yang membuatkan dia tertarik untuk menyelami peribadi wanita berkenaan dengan lebih dalam menerusi lagu saduran pop dan rock tersebut.

Kisah dan perjuangan hidup lebih kurang serupa termasuk sudah kehilangan bapa kerana meninggal dunia diterjemahkan dalam lagu tersebut yang disifatkan Anggun dan Fazura sebagai lambang memperkasakan wanita dalam mengubah sesuatu yang buruk kepada baik.

Perkasa wanita

“Saya juga kehilangan ayah pada waktu muda yang dilihat sebagai tempoh sangat sukar untuk anak kecil berhadapan dengan situasi berat seperti itu. Kami tidak pernah bersedia untuk menerima kehilangan itu.

“Namun kemudian, bagaimana kami bangkit membina kehidupan dan berada pada tahap sekarang adalah intipati kepada lagu ini. Saya juga kagum dengan keberanian Fazura sebagai penyanyi baharu yang menyahut cabaran dan keluar dari zon selesanya demi kerjasama ini,” kata Anggun.

Sementara itu, menurut Fazura, menyedari jurang kemampuan antara dirinya dengan Anggun yang sudah berpuluh tahun mempunyai pengalaman dalam industri membuatkan dia mahu mencabar diri melakukan anjakan paradigma dalam hidupnya.

“Semua orang tahu kredibiliti dan kemampuan vokal Anggun. Sejujurnya saya berasa sedikit gusar memandangkan masih baharu dalam bidang nyanyian.

“Bagaimanapun saya percaya, setiap yang kita dapat dalam hidup ini datangnya daripada Tuhan. Saya seorang yang yakin diri dan perasaan itu meyakinkan saya untuk menyahut cabaran ini yang akhirnya memberi motivasi bahawa diri boleh melakukannya,” ujarnya yang tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkan bakat ke luar negara menerusi kerjasama itu.

Dalam pada itu, Anggun turut berbicara tentang peranannya selaku juri bagi program Asia’s Got Talent musim kedua yang melabuhkan tirainya pada 7 Disember lalu.

Senang bekerja kerana mudah mencipta keserasian bersama dua lagi juri iaitu David Foster dan Jay Park, Anggun berkata, musim kedua memberi lebih banyak warna kerana menerima penyertaan daripada peserta yang mempunyai kepelbagaian bakat.

“Ia sebuah program yang sangat bagus kerana kita dapat melihat pelbagai jenis bakat selain daripada menyanyi, menari dan berlakon.

“Walaupun ada momen yang bagus dan yang kurang bagus tetapi saya suka dengan kerjasama bersama juri yang lain. Keserasian itu tidak palsu sebab kami dapat merasainya sendiri lahir dari hati,” ujarnya yang baru mengadakan konsert jelajah di Perancis selama satu tahun setengah baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya tentang keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan penyanyi Malaysia yang lain, dengan pantas Anggun menyebut nama Yuna kerana mengagumi bakat dan personaliti wanita berusia 31 tahun tersebut.

“Saya sangat tertarik dengan keberaniannya yang mencabar diri keluar dari tanah air untuk mencapai cita-cita di tempat asing, sama seperti saya yang keluar dari Indonesia.

“Peribadi dan personaliti Yuna yang berbeza daripada orang lain membuatkan saya tertarik. Dia seorang wanita Muslim, bermain gitar dan moden.

“Itu sudah cukup membuktikan keistimewaan dirinya,” ujarnya menutup perbualan.

Sumber : Media2040 via ohgebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *