Ibunda Ustaz Abdul Somad Pergi Buat Selamanya, Luahan Ustaz Pada Ibu Tersayang Jelas Buat Ramai Sebak

Ustaz Abdul Somad, ataupun dengan singkatan nama nya UAS, dikenali ramai dengan kuliah kuliah nya yang banyak mengajar anak anak muda, semua golongan masyarakat. Jika di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus dikenali ramai dengan tazkirah, cara penyampaian ilmu ilmu yang spontan dan berjenaka dengan mereka yang hadir. Selingan jenaka itu adalah sekadar menarik minat golongan muda terutamanya agar lebih mudah mendekati ustaz ustaz dan juga ulama ulama.

Namun pada hari ini, perkongsian menerusi halaman instagram Ustaz Abdul Somad :

KITA PUN AKAN KESANA JUA

Senin, 11 Rajab 1440 H / 18 Maret 2019

Seperti biasa, setelah tahajjud dan witir, Mak membaca Qur’an dan zikir yang biasa beliau baca, setelah itu makan sahur.

Selesai santap sahur, Mak masih menonton video taushiyah UAS di Youtube. Kemudian Mak mandi, terasa sakit kepala.

Beliau terus wudhu’ persiapan sholat Shubuh. Lalu pingsan, dibawa ke Rumah Sakit, menghembuskan nafas terakhir.

Persis seperti ucapan Mak selama ini, “Aku kalau bisa, mati jangan pakai sakit lamo-lamo. Kalau bisa mandi dulu, jadi jasad awak bersih. Mandi, ambik aye sembayang, poneng, mati”

Jenazah akan dimakamkan di Kampung Silau Laut, Kabupaten Asahan, Provinsi Sumatera Utara.

71 tahun Allah berikan usia pada Mak. Terimakasih tak terhingga kepada seluruh masyarakat yang telah mendoakan Mak, mohon dimaafkan segala khilaf dan salah Mak kami Hajjah Rohana binti Nuruddin.

Sama sama kita sedekahkan surah Al-fatihah buat arwah :

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan sentiasa dibawah redha dari Yang Maha Esa.

Jom Lihat Video Dibawah :

KABAR DUKA! Ibu Ustadz Abdul Somad Meninggal Dunia, Tutup Usia Jelang Sholat Subuh

Jangan lupa komen yang baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : IG ustazabdulsomad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *