Ustaz Kazim sindir Dr. Mahathir?? Memang Pedas Ayat Ustaz Kazim!

Sebelum PRU 14, pelbagai drama pru kita dapat lihat dari pelbagai tokoh, termasuklah Ustaz Kazim

KUALA LUMPUR 2 Mei – Tuduhan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya pesawat peribadi yang dinaikinya untuk ke Langkawi telah disabotaj bukan sahaja dipandang sinis oleh orang ramai malah disindir oleh pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Beliau juga menyatakan agak terkejut apabila dikhabarkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai calon Bebas.

“Saya kalau politik bukannya pandai. Jadi bila nampak dekat surat khabar saya terkejut bila dapat tahu saya akan bertanding calon Bebas, saya ini penceramah bebas bukannya calon Bebas.

“Ramai yang nak saya bertanding untuk parti itu, bertanding untuk parti ini, bertanding calon bebaslah, lama-lama saya menyampah saya pergi Jepun. Nasib baik kapal terbang tak kena sabotaj, ingat senang ke nak sabotaj kapal terbang, kamu biar betul. Yang faham faham, tak faham sudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana anjuran calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini malam tadi.

Pada masa sama, Kazim berharap rakyat memikirkan semasak-masaknya apabila mengundi pada 9 Mei ini.

“Kalau Bangladesh ke negara Afrika ke Indonesia ke bergaduh sesama sendiri tidak apa sebab mereka tetap lantik bangsa mereka jadi pemimpin.

“Tetapi kita ini ada pelbagai kaum, ada yang nak tukar pentadbiran padahal lima tahun bukannya lima minit, macam-macam boleh jadi, jangan sampai ada tanah yang tergadai,” katanya.

Beliau turut menegaskan Malaysia masih memerlukan pemimpin yang bukan sahaja pandai mentadbir negara tetapi juga mampu menjaga bangsa dan agama. – UTUSAN ONLINE

Artikal Sebelum ini…

[VIDEO] ‘Ada pihak mahu saya mati’ – Dr Mahathir Dedah Cubaan Pesawat Di Sabotaj!

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak yang mahu melihatnya terkorban dalam nahas pesawat ke Langkawi untuk berkempen sekali gus menggagalkannya untuk ke majlis penamaan calon pada Sabtu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan, dia dimaklumkan pesawat yang akan dinaikinya terpaksa ditangguhkan kerana mengalami kebocoran yang teruk dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh yang singkat.

“Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.

“Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tetapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan penamaan calon esok,” dakwanya semasa sidang media selepas Majlis Perjumpaan dan Minum Petang Bersama Wanita Cina dan India Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr Mahathir akan menjadi calon Parlimen Langkawi pada PRU14.

Beliau dijadual ke pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi Sabtu.

Kerusi Langkawi disandang Datuk Nawawi Ahmad, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Sementara itu di dalam ucapannya, Dr Mahathir memberitahu akan membawa semula kemajuan yang tertangguh di Langkawi selepas tidak lagi menjadi perdana menteri pada 2003.

Paling penting jelasnya, ia akan menjadi kenyataan selepas menang dan menjadi perdana menteri semula untuk Pakatan Harapan.

Sumber: media2030 via buletinorangkampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *