Tak sangka hanya dgn usapan dari bidan ‘mak lampir’ , tumpah drah xhenti lepas anak kembar ku pergi dalam kandungan

4/2011 tahun yg amat bermakna utk diri aku.ye la rezeki bertimpa timpa.dapat keje tetap dan disahkan “twin pregnancy” Aku bukan jenis upload UPT kat FB. canang baby bumb, share gambar scan 3D bagai. Bila ada yg tanya status secara depan² baru ceq habaq.Jadinya time raya aku still tak heboh yg aku bakal melahirkan kembar seiras kelak.

Cerita aku bermula pada 27.11.2011.

tengah siap siap nk pegi kenduri aqiqah kawan mak tetiba ayah dapat call adik dia sekeluarga nk datang rumah..tanpa rasa sangsi ayah terus on.So bila dorg sampai aku yg sambut maklum la dah 36 minggu.Tak larat dh buat pape kat umah mak.

Bila dorg sampai makcik aku sorg ni dia teruja lain mcm.Sampai² je salam sambil pegang perut aku.Pastu aku declare la yg pregnancy ni adalah twin seiras dan due 1.1.2012.dia boleh tak caya.siap meragui pulak keje doktor kata salah cek..hahaha.

Abis warm up sembang.aku pegi la dapur nk tolong mak angkat² cawan nk bagi dorg minum.tetiba makcik aku ni datang dapur nak tolong. “eh..biar uteh tolong sian mak buyung buat keje” (sambil pegang perut aku).kita pn seronok la sbb badan tak larat.ada pulak yang datang bantu.Memang kena time la bantuan dia.by the way,mak cik aku ni ada 2 anak dara tau.Tapui anak dara dia suma pemalas.hehehe..

Dah ready makan minum,so dorg pn makan la kat meja yg disediakan.Aku pulak duduk bertentangan dengan makcik aku kat sofa.Dia perhati je ape yg aku buat.Time tu tengah suapkan anak makan.So piring tu stand atas perut buat macam meja.hehehe.Dia tegur “tgk tu perut dah besar smpai blh letak piring”.settle cite pasal ank lelaki dia yg nak bertunang bln 2/2012,dorang pun start nak gerak balik.ehhh..lagi skali pegang perut aku..3x dh dia pegang..

Esok malamnya lepas² isyak,tetiba perut aku berombak.Pergerakkan twin sangat² agresif.Ke kiri ke kanan dorg.Sampai mak dengan husband tengok perut aku yang tengah berombak tu. Senak beb.2 orang dalam perut macam tengah wrestling. Aku pun dah tak tentu arah time tu.Lusa pergerakan twin sayup² je. So aku imagine tempat dah sempit so twin pn behave dalam perut bonda dia.

30.11.2011 lepas subuh aku sedar kain basah. Tak mungkin la terkencing. Rupanya air ketuban dah pecah. Tapi kaler dia mcm kopi o cair. Terus panggil mak,semua kelam kabut bangun siap² pegi MHKL. Sampai kat hospital, prosedur biasa wajib kena seluk nak tengok bukaan jalan dah bape cm.Dorang cek time tu still 1cm.So dorg pun wat lek wat pis sbb belum time.Dorg cari heartbeat twin belah kiri.Senyap.Belah kanan,senyap.

Belah bawah pun senyap.So nurse panggil doktor,doktor pelatih pun scan.Tetiba doktor hilang. Datang pulak doktor senior sikit scan pulak kat tingkat 1. Pun senyap.Sekali aku kena tolak pergi bilik pakar. Pakar scan dia cakap twin DAH TAKDE. Aku tanya la sejak bila?dalam tempoh lebih 24 jam.Bila di flash back maybe masa perut tengah berombak ritu.so dorg bawak aku pegi bilik kaunseling.

Cerita pulak dengan mak, mak yg nangis..aku?konfius dengan perasaan time tu. Air mata pun tak mampu nak keluar. Jiwa kosong. Perasaan berkecamuk,so decide admited.. Jam 2am 1.12.2012 bukaan jadi 8cm.Terus dorg tolak masuk labour room (LR) 2 jam dalam LR bukaan 10cm. Teran bagai nak rak.Sebab 100% tenaga kita kerah.Doktor tak suggest untuk vacum atau forcep takut “baby rosak”.

Sumpah penat! Tepat jam 4.20am lahirlah anugerah tak kesampaian Nur Alysha Qaisara di dunia ni.sunyi LR.Aku peluk Qaisara. Mengalir drah kat hidung anak bonda.Aku nampak muka Qaisara dah biru. Ya Allah bidadari syurga yg aku tengah lihat ni. Aku cium. Nurse balut Qaisara dan letak tepi.

Subhanallah orang lain teran.Baby keluar riuh LR. Tapi aku hanya jasad je yg ada. Roh twin dah sampai di syurga. Tepat jam 6.50am lahirlah bidadari ke-2 bonda Nur Alysha Maisara.

Dua dua comel. Dua dua pengiring bonda. Saham untuk bonda diakhirat kelak.Urusan pengbumian berjalan lancar. Terima kasih Allah permudahkan urusan hambaMu ini. 4 hari lepas besalin baru discharge sebab drah banyak hilang waktu besalin.Siap kena refill 1 beg drah.

Sampai kat rumah,rutin berpantang pun bermula.1st day berurut lepas settle tetiba drah beku keluar besar tapak tangan tebal seinci.Azabnya la nk kuar bila jahitan tak elok lagi. Lepas je drah beku tu kuar,aku bleeding tak henti.

Dari pukul 12 malam smpai subuh aku dh tukar 12 keping pad…Punyalah banyak drah keluar. Esok pagi mak ajak pegi balik hospital. Sampai PAC MHKL perghhhh kena seluk pulak,menjerit aku dalam bilik.Dah la sakit jahit blm baik. Doktor boleh seluk pulak.

Bukan sekali,2 kali kena seluk. Rasa macam nak tendang doktor tu. Dorang scan tengok ada drah beku dalam rahim. Esok kna cuci,bila dah “cuci” yg kuar hanya 2 cc je kot..lepas “cuci”..kna la refill balik HB (drah merah) 1 beg.

Settle masukkan drah dalam kol 5 ptg,makan² sembang² sebelum family dengan anak balik skali tetiba nak dekat maghrib sejuk yg amat².Sampai tangan merekot² kejang.Nurse kelam kabut tengok aku.Sumpah tak tipu time tu rasa nak pecah urat² nak cari bl0od pressure pun tak dapat.Nak detect temperature pun tak boleh.

Masa tu macam macam ayat baca.Aku fikir malaikat mavt nak cabut nyawa dah ke.Aku kuatkan semangat.Aku niat “Ya Allah Ya Tuhan ku,aku ada anak. Kuatkanlah semangat aku demi dia yg masih kecil”..lepas je aku niat tu tetiba macam ada sesuatu keluar dari kaki slow² terus bdn panas dan demam. Lepas dah ok,lusa dah boleh discharge. Balik rumah pantang lagi macam biasa.

Lepas 2 hari discharge..tetiba aku tumpah drah lagi..kali ni 3 hari lepak rumah sbb fobia kena seluk dalam bilik PAC masih menghantui..3 hari bleeding tanpa henti sampaikan aku bangun berdiri bulan bintang suma nampak..telinga dah berdesing.

Bibir dengan lidag dah pucat. Muka pun dah jadi kuning. Bayangkan la sampai nak tukar pad pun aku baring..nak basuh jauh la skali..kumpul je dalm plastik skali drah beku yg keluar berketul² besar tapak tangan tebal seinci tu..sumpah sakit..!

Fikirkan anak.. aku pegi jugak la hospital..betul la Allah cakap..selagi belum ajal..teruk mana pn dugaan kau..tetap belim sampai masa mungkar dan nangkir jumpa ko..sampai hosp..bleeding yg non stop 3 hari tu..terus takde..tp still kena seluk gak la sebab doktor nak tengok drah beku..dalam PAC dorg amik drah dpt result tengok HB tggl 6 je.Sedangkan normal paling sikit HB kena ada 12.

Separuh beb hilang drah sebab bleeding 3 hari non stop..admited lagi 3 hari..masuk 2 beg drah..kali ni ok je time ada kat wad.so lusa discharge.. Bila 2x dah tumpah drah..mak pun mintak bantuan sorg ustaz.Nak pulihkan semangat aku.Takut aku tak kuat.Twin meningggal.Tumpah drah pulak.Bila jumpa ustaz tu dia bukak cerita aku ni bukan tumpah drah biasa,tapi sebenarnya ada gangguan.

Orang yg terakhir datang rumah mak tu ada “membela” sesuatu dan dia buat alasan nak datang untuk sembang pasal anak dia nak bertunang.Tapi sebenarnya niat dia lain.

Mak dengan ayah tak bagi tau pun kat ustaz tu yg mak makcik aku tu bidan.Ustaz yg explain 1 by 1 cite “mak lampir” ni..aku terkilan sangat. Kenapa drah daging sendiri buat aku macam tu. Anak tu tak pe la maybe dah janji twin dengan penciptaNya hanya bersama bonda dialam rahim je.

Tapi KENAPA aku pun “dikendurikan” skali..sampai sekarang aku tak nak jumpa “mak lampir” ni..risau aku tertumbuk muka dia..hehehe.. Kat sini aku nak nasihat sikit.apa yg jadi kat kita ni adalah dugaan.Allah tak akan menguji hambaNya jika dia tau kita tak mampu..lagi 1 anak suamu mak ayah ni pinjaman..amanah utk kita..redhalah walaupun perit..sebab setiap yang hidup pasti akan meningggalkan dunia yang fana ni..

Nota kaki : terpulang pada yang nak percaya atau pun tidak..aku tak paksa dan aku tak mintak simpati..tapi aku mohon beringatlah bukan kita je yang ada kat dunia ni..banyak makhluk Allah yg tanpa kita sedar dia berada disekeliling kita..tq admin.muahhh cikeddd.. Penulis: Pae Alysha (FB) , luahan 2016

Mengikut cerita lain pula B4yi 7 bulan meniggal dnia akibat pendrahan dalam otak.

Luluh hati pasangan suami isteri apabila bayi mereka berusia tujuh bulan meniggal dunia akibat pendrahan dalam kepala ketika dalam jagaan pengasuh di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. Menurut si ibu, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari ketika dia pergi ke rumah pengasuh untuk melihat keadaan anaknya sebelum mendapati mngsa tidak sedarkan diri. Tubuhnya pucat selain bawa mata kanan serta hidung mangsa berdrah.

Si ibu kemudian menghubungi suaminya dan membawa bayi mereka ke sebuah klinik swasta di Taman Melati. Namun doktor mengarahkan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bagaimanapun, mangsa disahkan meniggal dunia selepas beberapa minit menerima rawatan.

Menurut bapa mangsa berusia 33 tahun mendakwa, anaknya berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuhnya pagi semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, bedah siasat yang dilakukan bahagian forensik HKL mendapati, mangsa meniggal dunia kerana kecderaan dan pendrahan dalaman di bahagian kepala yang dipercayai akibat terjatuh.

“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan dan siasatan berhubung punca sebenar kejadian ini sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya. Menurut ibu saudara mangsa, Shaqifah Abd Razak, kakak iparnya menerima panggilan dari pengasuh yang memaklumkan anaknya, Muhammad Aisy Fawwaz, 7, tak boleh bernafas.

Apabila pasangan suami isteri itu tiba di rumah pengasuh, mangsa dah betul-betul dalam keadaan lemah dan terkulai ketika didukung serta drah penuh di hidung sehingga menyekat pernafasannya, selain bawah matanya lebam.

“Abang saya terus bawa Fawwaz ke klinik berdekatan sebab tak sempat nak ke HKL. Doktor cuba selamatkan Fawwaz, tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak. Doktor cakap nadi Fawwaz dah tak ada.

“Terus bawa ke HKL, zon merah. Doktor pun sahkan Fawwaz sudah tiada. “Doktor scan x-ray semua, banyak pendrahan di kerongkong dan saluran pernafasan, bukan tersedak susu. “Fawwaz sekarang sedang bermain di taman syurga. Rehatlah kamu sayang, kamu ihsan terpilih. Mummy Iqa sayang kamu sangat-sangat. Semoga abang dan Kak Wani tabah dengan dugaan ini.

“Rasa sebak bila kakak ipar cakap, ‘Ika, ambillah susu Fawwaz ini bagi Uwais. Dah tak ada siapa boleh minum’. “Lagi sebak rasa sebab pagi tadi sebelum ke rumah pengasuh, Fawwaz dapat rasa air susu badan uminya buat kali terakhir. Dan semalam kakak ipar kata, dia temankan uminya berjaga siapkan kerja sekolah.

“Gambar pakai kopiah ini, gambar terakhir abinya snap pagi tadi sebelum uminya bawa ke rumah pengasuh. Masa hantar baby, sihat walafiat. “Biarlah polis buat siasatan ke atas pengasuh, semoga anak buahku dapat pengadilan di atas kemtiannya. Damailah dikau di sana wahai anak. Sebak masa mandikan jenzah tadi. Cium wajah bersihnya buat kali terakhir,” tulisnya.

Jenzah mngsa telah selamat dikebmikan semalam. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Sumber: Harian Metro, Shafiqah Abd Razak VIA thereporter.my

Sumber : ekisah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *