‘THIS IS TOO MUCH. TERLALU BODOH, OVER DAN MELOYAKAN’ – WARDINA SELAR ALIFF SYUKRI MUAT NAIK VIDEO ‘BOBO DI MANA’ CEMARI AIDILADHA

Personaliti televisyen, Wardina Safiyyah, semalam menyelar tindakan pengasas D’Herbs yang memuat naik dan mempromosi video teaser lagu terbarunya, ‘Bobo Di Mana’, yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, pada Rabu ini.

Bukan hanya Wardina, malah ramai pihak termasuk netizen mengecam Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di akaun Instagramnya itu, serta menuntut usahawan kosmetik berkenaan membuang video tersebut.

“Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah.

“This is too much. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan. Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya

“Dato tak perlu buat begini Dato. Jangan nyanyi pulak nanti ye. I could still accept Dato Vida, but this is another level,” tulis Wardina di Facebooknya semalam.

Sumber:ohgebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *