Terbongkar Semuanya Apabila Aishah Tunjuk Bukti Bahawa Hadiah Dato Seri Vida Sebenarnya Palsu

Selalunya bila kita menang sesuatu pertandingan kita akan mendapat hadiah yang lumayan tak pun yang setimpal. Tetapi berbeza bagi pemenang Gegar Vaganza Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu. Dan kini beliau menunjukkan bukti kenapa beliau ditipu.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Susulan daripada dakwaan Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah semalam telah memuat naik dua buah video di Instagram nya bagi menunjukkan rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Datuk Seri Vida adalah palsu dan bukanlah berlian asli.

RAKAMAN VIDEO PERIKSA KETULENAN BERLIAN

Menerusi video tersebut, menurut Aishah dia telah meminta tukang emas tersebut memeriksa ketulenan rantai tersebut dan terkejut kerana mendapati ianya tidak asli. Malah bagi mendapatkan kepastian, pemeriksaan sekali turut dijalankan dan mendapat keputusan yang sama.

Macam2 tohmahan dilontarkan pada I..tapi cuba dengar apa kata org2 yg tahu pasal benda2 ni dari kedai emas ternama di Msia (part 1)Kalau ada yg kata I tipu dan saja2 buat cerita,diamond detector ni kalau barang betul diamond dia akan bunyi macam cincin I tu.Kalau senyap sunyi tu maksudnya bukanlah… – Aishah GV4.

Dalam perkembangan lain, dalam ruangan komen penyanyi itu terdapat dakwaan dari netizen bahawa barangan kemas yang dijual DSV sudah banyak kes diterima dimana barangan kemas tersebut terbukti tidak asli.

Malah dia turut mengaitkan beberapa produk kesihatannya juga telah memudaratkan kesihatan. Usahawan itu sebelum ini bersedia untuk mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

Mohon Dato Seri Vida selesaikan perkara ini dari menjadi lebih teruk.

SUMBER : Hangat

Kadang Kadang Orang Macam Dato Seri Vida Pun Munkin Boleh Kena Tipu

Video Diatas Contoh Penjual Barang Kemas Periksa Belian Tulen Atau Palsu

PETALING JAYA: Kontroversi yang melanda usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan juara Gegar Vaganza (GV) musim keempat, Aishah berhubung isu barangan kemas yang didakwa penyanyi Janji Manis Mu itu sebenarnya tidak bernilai telah mendapat perhatian seorang ahli gemologi.

Pemilik syarikat khidmat rundingan batu permata MRM Gem Centre, Mat Ruzlin Maulud berkata, beliau sedia menawarkan khidmat penilaian secara percuma kepada penyanyi itu bagi mengenal pasti jenis dan nilai sebenar barangan kemas yang didakwa mencecah RM80,000.

Kata beliau, ketulenan batu permata atau berlian itu tidak boleh dinilai hanya melalui sekeping gambar sahaja.

Sebelum ini, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mendakwa membeli rantai tersebut di negara berkenaan pada empat tahun lalu dan menganggap ia amat berharga di matanya.

Bagaimanapun, kata Mat Ruzlin, bukan hanya pelanggan yang tertipu dengan keaslian batu permata, malah kadangkala peniaga sendiri tidak sedar mereka menjual barangan kemas tiruan.

“Terdapat pelanggan membeli sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu. Banyak kes macam tu dan tidak boleh menyalahkan dia (Vida) sepenuhnya.

“Kadang-kadang penjual sendiri tidak tahu apa yang dijual, apatah lagi pelanggan,” jelasnya.

Gambar rantai permata yang dihadiahkan oleh Vida kepada Aishah sempena menjuarai program GV musim keempat tahun lalu.

Tambah beliau, teknologi penghasilan batu permata sentiasa berkembang sehingga memaksa ahli gemologi sepertinya untuk sentiasa ‘up-to-date’ peralatan terkini.

“Saya perlu ‘upgrade’ peralatan batu permata dengan kerap kerana peniaga di China kini sudah mampu menghasilkan berlian tiruan yang hampir sebagus berlian asli.

“Alat pengesan yang lama sudah tidak boleh dipakai dan peralatan perlu sentiasa diganti,” ujarnya.

Menurut Mat Ruzlin, beliau juga perlu membaca jurnal berkaitan untuk menambah pengetahuan dalam bidang tersebut.

Tambahnya, seseorang itu tidak boleh menilai batu permata atau berlian dari luar negara hanya sekilas pandang tanpa melihatnya di bawah mikroskop.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Beginilah Caranya membuat Berlian palsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *