Akhirnya Syazwan Zulkifly jawab mesej nakal tanya saiz br4

PELAKON Syazwan Zulkifly tidak malu berterus terang dia ada bertanya soalan nakal berkaitan saiz bra kepada seorang wanita sehingga ia menjadi tular di media sosial pada malam Khamis.

Bagaimanapun, Syazwan berkata, soalan itu tidak berniat jahat dan hanya menguji tahap keterbukaan wanita berkenaan untuk berkawan dengannya.

Sebelum ini seorang wanita tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon Syazwan Zulkifly menerusi sebuah entri di Instagram semalam.

Dalam paparan skrin yang dimuatnaik daripada perbualan bersama pelakon itu, wanita itu seolah-olah kesal dengan sikap yang tidak menghormati golongan wanita.

Difahamkan Syazwan menerusi perbualan itu bertanyakan saiz coli yang dipakai oleh wanita itu hingga mengundang rasa kurang selesa.

“I don’t know what can i say dgn artis malaysia skrg ni but pls resepect women out there you’re public figure @syazwanzulkifly.

“For girls out there please jaga diri. Remind for myself too,” tulis wanita berkenaan.

“Saya jujur, tiada niat jahat” - Syazwan jawab mesej nakal tanya saiz br4

Bagaimanapun, posting itu mendapat respon daripada pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu. “This is not about respect. I’m playin with your game daaa,” balasnya menerusi Instastories malam tadi.

“Saya jujur, tiada niat jahat” - Syazwan jawab mesej nakal tanya saiz br4

Tidak terus berdiam diri. Ini pula jawapan gadis berkenaan. “Playing game? I really don’t know whats game is it lol! And please behave!

“Saya jujur, tiada niat jahat” - Syazwan jawab mesej nakal tanya saiz br4
“Only who know me je yang tahu I jenis macam mana. “And pada siapa cakap I fitnah, melayan or buka aib sama sekali tidak. I want remind for girl supaya berhati-hati and care about value yourself!” tambahnya.

“Saya jujur, tiada niat jahat” - Syazwan jawab mesej nakal tanya saiz br4
Spekulasi antara Syazwan dan gadis itu menjadi semakin hangat di Twitter apabila ada pihak yang bertindak menyebarkan perbualan tersebut.

“Ia cuma soalan biasa dan tidak berniat jahat pun, saya hanya jujur beritahu dia yang saya seorang yang nakal.

“Saya tidak mahu berpura-pura baik sebab itu saya sengaja menguji cara dia berfikir. Lagi pula perbualan itu baharu dan dia minta saya bertanya soalan jadi saya tanya sahajalah,” ujarnya kepada mStar Online.

Seorang wanita dedah perbualan dengan pelakon Pujaan Hati Kanda.

Pada malam Rabu, seorang wanita mendedahkan mesej nakal di Instagram yang didakwa daripada pelakon Pujaan Hati Kanda itu.

Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, lelaki didakwa pelakon tersebut bertanyakan soalan yang agak kurang sopan iaitu saiz bra wanita berkenaan.

Dalam pada itu, Syazwan berkata, dia tidak melenting atau meminta wanita itu membersihkan namanya.

Katanya, ia perkara yang remeh dan pernah melalui kontroversi yang lebih teruk daripada ini.

“Ia sudah selesai dan abangnya sudah menghubungi saya bagi meminta penjelasan. Saya beritahu niat saya itu hanya menguji sahaja.

“Saya malas nak layan perkara remeh ini dan sebelum ini pun saya memang sudah dikenali dengan imej nakal,” ujarnya.

Sumber dari Gempak dan mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *