Saya Adalah Mangsa Politik Rakus! “Saya Tidak Sama Sekali Curi Harta Rakyat” – Najib Razak Lantang Suara

“Saya Tak Curi Duit Rakyat! Saya Hanya Mangsa Politik!” – Najib Razak

Selamat datang ke channel Hot Vids.Kami menyajikan pelbagai video informasi dan gaya hidup untuk tontonan anda.

Sejak tumbangnya Barisan Nasional pada PRU14 yang lalu mantan Perdana Menteri mengakui dirinya dan isteri, DS Rosmah Mansor telah diserang dari pelbagai sudut.

Namun DS Najib dalam ucapannya di Pekan, Pahang semalam berkata bahawa dia bukan lah pencuri duit rakyat dan negara.

Menurutnya lagi, hanya rakyat di Pekan sahaj yang tahu bahawa dia bukanlah pencuri seperti yang didakwa oleh Pakatan Harapan dan penyokongnya.

Tambah Najib lagi, dia menjadi sasaran selama ini kerana dia adalah presiden UMNO dan Perdana Menteri. Pembangkang cuba menjatuhkan UMNO dengan cara menumbangkan presidennya.

Terkini Artikel Seterusnya;

KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M. Athimulan menarik diri dari mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan menarik diri itu dibuat selepas Najib berhasrat menggunakan khidmat bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakan guamnya.

Harpal Singh berkata, mereka tidak dipecat, tetapi menarik diri.

“Kami menarik diri selepas perbincangan pada malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Harpal dan Athimulan dikatakan meninggalkan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta di sini kira-kira jam 10.40 malam tanpa menjawab sebarang soalan media.

Sumber: lineclear

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *