‘Sampai Bila Nak Bermusuh?’ – Fasha & Nora Mohon Maaf

Perselisihan faham antara pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha terjadi sejak sekian lama dan kemuncaknya apabila Fasha Sandha mendakwa dirinya dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada tahun lepas kononnya atas arahan Nora Danish.

Walaubagaimanapun, Fasha Sandha dan Nora Danish telah menemui jalan penyelesaian bagi menghapuskan persengketaan itu demi anak-anak.

Demi anak-anak dan keluarga

Menurut mStar Online, Aktres jelita Fasha Sandha berkata jalan penyelesaian perlu dicari demi kebahagian anak-anak mereka dan tidak mahu terus bermusuhan dengan Nora Danish.

Ini adalah demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Isu antara kami berlarutan terlalu lama. Justeru jalan terbaik ialah berdamai dan hidup dalam harmoni.

Sehubungan itu, Nora Danish pula menjadikan mahkamah bagi cara untuk menyelesaikan hal berkenaan sehingga satu sidang media demi menamatkan persengketaan antara dua pihak. Bagaimanapun, Fasha Sandha telah memohon maaf kepada Nora Danish atas salah faham dan isu yang terjadi pada acara pertunjukan fesyen Aidilfitri tahun lepas.

Sampai bila nak bermusuhan?

Jadi, bila fikir balik, sampai bila kami nak bermusuh terlalu lama. Not good for kids to see mothers having problem (tidak baik bagi anak-anak melihat ibu mereka mempunyai masalah). Saya rasa, perdamaian ialah jalan terbaik. Ia sebab keluarga memandangkan anak sulung Nora adalah abang kandung kepada kedua-dua anak saya. Hubungan anak-anak itu juga sangat rapat.

Nora Danish berkata dia positif untuk melihat berlakunya perdamaian antara dia dengan Fasha Sandha. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai. Kini, masing-masing telah berpisah dan memulakan kehidupan baru. Semoga Ramadan tahun ini menjadi detik terindah buat kedua keluarga Fasha Sandha dan Nora Danish.

Sumber: mStarOnline

 

ARTIKEL BERKENAAN.

 

‘Benarlah Syaitan Yang Level ‘Gabenor’, Mereka Merata-Rata’ – Respon Da’i Wan Isu Tegur Tudung Nurul Izzah

Semalam viral di laman Twitter rakaman seorang lelaki telah menegur tudung YB Nurul Izzah secara langsung di FBI Live. Teguran ini dianggap keterlaluan kerana lelaki tersebut telah menerangkan secara terperinci keadaan tudung yang terselak.

Dai Wan Dazrin sebelum ini menjelaskan ada beberapa peringkat dalam menegur. Teguran individu tersebut telah dikategorikan salah laku dalam bab teguran.

Viral di laman sosial

Video yang berdurai 0:51 saat ini menunjukkan lelaki tersebut menegur tudung YB Nurul Izzah yang terselak sewaktu berjumpa di sebuah balai berita. Apa yang memalukan adalah teguran yang dibuat terlalu terperinci sampai berubah terus muka YB!

Di Twitter, Da’i Wan telah memberi respon cara teguran yang dibuat tersebut salah dan dikategorikan salah laku dalam bab teguran. Ia bukan lagi teguran tetapi bukaan aib yang memang disengajakan.

Respon Da’i Wan

Nak tegur boleh, biar beradab

Sumber : Da’i Wan Via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *