Sakit, tapi bukan mengandung dengan Ismail Izzani – Zarina Anjoulie

SELEPAS foto mesranya seperti dipeluk oleh penyanyi Ismail Izzani tersebar, nama Zarina Anjoulie, 32, kembali panas pada hujung minggu lalu.

Malah ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan sebenar Zarina dengan penyanyi muda yang baru berusia 18 tahun.

Terbaharu, menerusi kemas kini Zarina di akaun Instagram (IG) miliknya memberitahu dia kini sedang sakit tetapi bukan kerana hamil anak Ismail atau digelar sebagai nama Mail.

“Anju jangan mati dulu orang semua nak dengar cerita pasal Mael (Ismail Izzani)… ok ok aku cuba aku tengok bill pun Aku dah mati 2 kali tadi bangun balik untuk mengucap now nak mati balik ni . 

“Demam tonsil tahap nak mati. Bukan mengandung dengan Mail,” katanya.

Terdahulu, foto mesra Zarina dengan penyanyi itu tersebar selepas rakan baiknya, Fathia Latiff di IGnya  meminta penyanyi lagu “Luar Biasa” itu menghubungi pelakon drama Anak Pontianak tersebut.

Bagaimanapun, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.

Selain itu, Ismail telah pun tampil meminta maaf atas keterlanjurannya.

Sumber: Astro Awani

Kontroversi Foto Peluk Zarina Anjoulie, Ismail Izzani Mohon Maaf

Kecoh di Instagram apabila pelakon Fathia Latiff memuatnaik foto rakan baiknya Zarina Anjoulie yang dipeluk penyanyi muda Ismail Izzani. Foto diletakkan kapsyen ‘@ismailizzani call her now’ oleh Fathia. Kedua-dua Fathia dan Zarina sebelum ini banyak berseloroh antara satu sama lain menerusi IG mereka walaupun kelihatan kasar namun mereka tetap berkawan baik.

Foto berkenaan menerima kecaman hebat netizen yang beranggapan kelakuan mereka tidak sopan apatah lagi Zarina merupakan seorang Muslimah bertudung.

Sudah mohon maaf, kesal

Menurut Mstar Online, Ismail menerusi pengurusnya telah meminta maaf kepada pihak sepatutnya atas keterlanjuran yang berlaku. Penyanyi Luar Biasa ini turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu.

Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan keluarganya.

Beliau kesal dan Insyaallah kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek. Lagi-lagi pada waktu sukar seperti begini.

Foto telah dipadamkan Fathia

Usaha untuk mendapatkan komen dari Ismail sendiri tidak berhasil apabila dia tidak mengangkat panggilan telefon oleh pihak portal berita itu.

Foto berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan oleh Fathia di Instagramnya namun telah tersebar di pelbagai laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Sumber: Mstar Online

Foto mesra Ismail Izzani bersama Zarina Ann Joulie tersebar

DUNIA seni tempatan dikejutkan dengan penyebaran gambar di Twitter yang dipercayai penyanyi Ismail Izzani dan pelakon Zarina Ann Joulie.

Dikatakan lokasi foto mesra tersebut diambil seakan-akan di sebuah kelab malam.

Pelakon Fathia Latiff juga dikatakan telah memuat naik gambar tersebut di Instagramnya dengan kapsyen “@ismailizzani call her now!,”

Namun Fathia telah memadam gambar tersebut.

Ismail Izzani
Ismail Izzani

Sehingga kini kedua-duanya belum lagi memberikan apa-apa kenyataan.

Sumber; Astro Awani

Via Theexpressviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *