Puteri Balqis ada masalah jantung. Mohon semua doakan dia. Aminn Alfatihah

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi, 11, mengesahkan anaknya mengalami masalah jantung.

Norashikin Mohd Aziz memberitahu, perkara itu dimaklumkan doktor selepas Balqis atau mesra disapa Aqish, melalui siri pemeriksaan kesihatan menyeluruh sejak Disember lalu.

“Kami perasan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian darah tidak menunjukkan begitu.

“Sejak awal tahun lagi, hospital sudah menjadi rumah kedua kami. Ini kerana Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya.

“Lebih teruk apabila dia pengsan dan muntah darah hampir setiap hari. Sebagai ibu, sudah tentu luluh hati saya melihat keadaannya,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Norashikin memuat naik foto Aqish yang pernah merangkul Pelakon Wanita Terbaik Asia, Anugerah Televisyen Asia 2014 itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di Instagram.

Keterangan mengiringi foto terbabit mengejutkan peminat apabila Norashikin mendakwa dia hampir kehilangan anaknya.

Tanpa menyatakan penyakit dihidapi Aqish, Norashikim menyarankan mereka yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.

Kenyataannya membuatkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya penyakit dihidapi Aqishs. Namun, ruangan komen yang ditutup menyukarkan peminat berinteraksi dengan bintang cilik itu.

Norashikim berkata, biarpun berdepan masalah kesihatan, Aqish tetap kuat dan tidak mudah menyerah.

“Akhirnya, beberapa minggu lalu doktor dapat mengesan semua simptom terbabit adalah masalah jantung… Ketika ini, rawatan masih diteruskan,” katanya.

Tambah Norashikim, Aqish dinasihatkan berehat di rumah secukupnya.

“Kami masih berulang alik ke hospital. Alhamdulillah, sudah nampak perbezaan berbanding beberapa minggu lalu. Malah, Aqish sudah lama kami rehatkan daripada berlakon.

“Sebenarnya, dari dulu lagi, kami hanya terima tawaran yang Aqish mahu saja. Ini kerana dia ada komitmen terhadap pelajaran selain menghadiri kelas piano dan masakan,” katanya.

Norashikim berkata, ketika ini, Aqish mengisi masa dengan berenang dan menghadiri kelas disukainya.

“Sesi belajar dan berlakon kami rehatkan dulu walaupun sesekali dia merengek rindu hendak pergi ke set,” katanya sambil menambah selama ini anaknya itu jarang demam sebaliknya aktif biarpun mengalami masalah asma sejak kecil.

Sumber : Bharian via paduseyh via buletinorangkampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *