Lelaki Mengamuk Terpaksa Menunggu Lama Di Kaunter Dan Suruh Balik. APAD Mendedahkan Apa Yang Terjadi Sebenarnya

Sebuah video menunjukkan seorang lelaki mengamuk di sebuah premis kerajaan tular dalam laman sosial Twitter, semalam.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menafikan insiden pertengkaran yang didakwa berlaku di kaunter perkhidmatan kerajaan yang tular menerusi media sosial hari ini berlaku di mana-mana premis atau jabatan tersebut.

JPJ dalam kenyataannya berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut tular sejak semalam.

Siasatan lanjut mendapati situasi itu tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ sebagaimana diuar-uarkan dalam media sosial dan aplikasi Whatsapp.

“JPJ sentiasa mengingatkan warga kerjanya agar sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang menerapkan ciri-ciri kendiri yang selari dengan kehendak masa dan zaman ini agar rakyat mudah berurusan tanpa menimbulkan masalah berikutan tidak mendapat layanan yang sewajarnya,” katanya.

Rakaman berdurasi 43 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengamuk selepas mendakwa terpaksa menunggu selama empat jam untuk berurusan di kaunter tersebut.

Apabila gilirannya tiba, dia kemudian diarahkan untuk datang semula kerana telah sampai waktu rehat.

Kejadian Sebenarnya Berlaku Di Kaunter APAD

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat meluahkan kemarahannya kepada petugas kaunter dipercayai kerana disuruh balik selepas menunggu selama empat jam.

Seorang pengguna Twitter, Hilmi Adi Ruzaini yang menularkan video tersebut berkata, petugas kaunter memberikan alasan kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat kepada lelaki itu, menyebabkan dia hilang sabar.

“Seorang rakyat Malaysia hilang sabar di sebuah pejabat kerajaan apabila dia menunggu dari 10 pagi hingga 2 petang dan ketika ke kaunter, pegawai meminta dia datang pada lain waktu kerana kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat, ketika ada sangat ramai pegawai lain berjalan ke sana sini tanpa berbuat apa-apa,” tulisnya dalam akaun Twitter miliknya, semalam.

Sumber : Utusan Online

APAD siasat dan kenal pasti punca pelanggan marah pegawai di kaunter.

lelaki mengamuk marah

Agensi Pengangkutan Awam Darat menjalankan siasatan berhubung perkongsian video yg tular di laman sosial mengenai seorang pelanggan memarahi pegawai kaunter, baru-baru ini

Katanya, hasil siasatan mendapati pelanggan terbabit tidak menunggu lama sepertimana yang didakwanya.

Menurut APAD, pelanggan itu hadir ke kaunter pejabat pada 26 Februari lalu pada pukul 2.30 petang bagi menghantar dokumen permohonan

Namun, dia tidak dapat menjalankan urusannya disebabkan kaunter nombor giliran ditutup pada 2 petang.

Kata APAD,apabila had nombor mencapai had maksimum giliran harian, pelanggan itu diminta utk hadir semula lebih awal oleh pegawai di kaunter.

Namun, pelanggan itu tidak puas hati & terus memarahi pegawai kaunter kerana mendakwa telah menunggu selama 4 jam utk berurusan.

Berikutan penutupan bbrp pejabat di UTC, pejabat tersebut yang sebelum ini menerima purata 500 pelanggan sehari, kini mengalami pertambahan mendadak bilangan pelanggan, selain turut menghadapi kekurangan petugas dan kaunter untuk berurusan.

Sumber: BERNAMA

Via klviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *