Polis Tuduh Tikus Makan 540kg Ganja Yang “Hilang” Di Balai. Pelik Tapi Benar..

BUENOS AIRES: Daripada 6,000 kilogram ganja atau marijuana atau nama lainnya kanabis yang “ditahan” di balai polis di Pilar, Buenos Aires, Argentina, sebanyak 540 kilogram lagi didapati “hilang” dan belum direkodkan dalam borang pemindahan.

Ketika bekas inspektor polis Javier Specia di Pilar disoal siasat berkaitan kehilangan 540 kilogram ganja dari stor simpanan, jawapannya mudah sahaja; bahawa ganja tersebut sudah dimakan oleh tikus yang ketagih.

Semuanya bermula pada April 2017 apabila Pesuruhjaya Emilio Portero menggantikan rakannya Specia menjadi Ketua Jabatan Polis di Pilar.

Semasa proses ambil alih itu, Portero mencurigai Specia kerana tiada rekod pemindahan 540 kilogram ganja tersebut ditandatangani oleh beliau.

Justeru, pihak siasatan dalaman menghantar Gendarmerie Nasional melakukan siasatan rasmi.

Ketika Hakim Adrián González Charvay memanggil Specia dan tiga pegawai bawahannya menjadi saksi bagi kes kehilangan ganja hilang itu, kesemua mereka konsisten memberi alibi yang sama; bahawa ganja tersebut dimakan tikus.

Siasatan dalaman bagaimanapun mendakwa pemeriksaan tidak menemui bukti menunjukkan tikus bertanggungjawab atas kehilangan jumlah ganja yang besar itu.

Oddit Central melaporkan pada Sabtu, pegawai penyiasat memberitahu tidak mungkin tikus dapat memakan ganja dalam jumlah yang besar.

Sekalipun tikus memakannya, mereka akan mati di situ juga.

Ganja tersebut turut dilaporkan berada keadaan kering dan tiada kesan terdapat bangkai tikus di stor simpanan berkenaan.

Selepas bukti berkaitan serangan tikus berkenaan tidak diperoleh, hakim terpaksa meneruskan kes kehilangan ganja itu.

Setakat ini, tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap Specia dan rakannya, tetapi mereka akan dihadapkan ke mahkamah pusat bulan depan.

Sumber: suamikusweet

Kereta Kena Pecah, Sekali Pencuri Tertinggal Handphone. Apa Mangsa Ini Buat Memang Akan Buat Pencuri Ini Tak Senang Duduk

 

Sudah buat salah, ingat senang-senang boleh melarikan diri? Sama ada cepat atau lambat, si penjenayah pasti akan menerima balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Bagi penyamun yang malang ini, balasan segera menimpa diri apabila telefon bimbitnya tertinggal di tepi kereta yang dipecah dan mangsa mengambil kesempatan tersebut untuk memalukannya dengan memuat naik status di Facebook pencuri tersebut, lapor Harian Metro.

Status tersebut menulis,

Hi kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali saya. Tak lama lagi saya nak meringkuk dalam penjara. Biasalah hidup sebagai seorang penyamun. Kadang makan besar, kadang-kadang makan tak habis.”


Sumber: Facebook

Menggigil habis pencuri tu kalau tahu ni!

Menurut mangsa, Shahrizan Yusti, 32, pada hari tersebut dia telah keluar pergi memancing bersama rakannya manakala isterinya pula keluar bersiar-siar dengan meninggalkan rumah kosong tanpa sesiapa.

Pun begitu, dia mula mengetahui akan keadaan pacuan empat rodanya dipecah selepas isterinya pulang pada jam 10 malam dan bapa mertuanya pula menjumpai sebuah telefon bimbit berdekatan dengan kereta tersebut.

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang. Bapa mentua menghubungi saya dan memberitahu telefon pekerja saya tertinggal, tetapi saya rasakan ia bukan milik pekerja lalu meminta bapa mentua untuk melihat peralatan kerja di dalam kereta.

“Selepas dimaklumkan tiada, saya menjangkakan semua barang itu dicuri dan telefon itu milik pencuri berkenaan. Apabila mendapat tahu telefon itu jenis iPhone, saya membeli pengecas telefon jenis itu kerana dimaklumkan kehabisan bateri,”katanya.

Sebaik tiba di rumah, Shahrizan mengecas telefon bimbit berkenaan dan cuba membuka nombor pin laluan telefon tersebut sebanyak tiga kali sehinggalah berjaya mengetahui identiti pemiliknya pada cubaan yang terakhir.
“Saya hanya mencuba nombor pin empat digit asas yang sering digunakan orang ramai. Cubaan pertama adalah 1234 seterusnya 1111 namun kedua-duanya tidak berjaya.

“Dengan lafaz Bismillah, cubaan ketiga saya dengan nombor 0000 akhirnya berjaya,” kata Shahrizan.

Melalui telefon tersebut, Shahrizan telah berjaya melihat gambar, video serta membaca semua perbincangan pencuri itu bersama rakannya di aplikasi WhatsApp! Kantoi semua! 

Menurutnya lagi, pencuri tersebut dan rakannya yang juga penagih dadah sudah lama dikehendaki komuniti taman perumahannya kerana mereka disyaki terlibat dalam kes curi sebelum ini.

“Petunjuk lebih kuat apabila membaca perbincangan mereka dalam aplikasi WhatsApp. Apabila tahu telefon itu milik pencuri, saya menukar kata laluan Facebooknya dan menaikkan status sebelum ia tular,” jelasnya lagi.

Buat masa ini akaun Facebook pencuri tersebut masih di bawah kawalan Shahrizan dan dia berniat untuk memadam status berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak berwajib selepas pencuri tersebut ditangkap.

Malah adik suspek juga sudah tampil untuk bekerjasama dengannya demi mengesan suspek yang sudah tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.

Sumber: Facebook
“Tindakan saya ini juga adalah untuk memberi pengajaran kepada pencuri itu dan rakan-rakannya, tiada niat untuk mengaibkan sesiapa.

“Saya juga tidak sangka ia boleh menjadi tular sehingga tahap ini. Mungkin kejadian ini jarang berlaku dan menarik perhatian umum untuk dikongsikan,”jelasnya.

Akibat daripada kecurian ini, Shahrizan telah dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM2,000 dan beberapa barang yang telah dicuri berjaya dijejaki di sebuah kedai yang disyaki membeli barangan yang dijual suspek tersebut.

Sumber: Facebook
Mangsa kini dalam buruan polis dan kes sedang disiasat Balai Polis Gelang Patah.

Elakkanlah daripada buat jenayah. Kan sekarang dah dapat malu. Kesian keluarga dan rakan- rakan yang terkena tempias nya.

sumber:lobakmerah via viral laju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *