Selepas Lelaki Kena Tahan Sebab Kritik Anak Raja, Tun M Meluahkan Sesuatu

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan penahanan seorang pengguna media sosial berikutan ciapnya di Twitter mengenai seorang anak raja.

Dr Mahathir menegaskan rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu dan kebebasan bersuara adalah penting dalam sesebuah demokrasi.

“ Saya dimaklumkan bahawa pihak berkuasa telah membuat satu tangkapan terhadap seorang penggiat media sosial malam tadi. Seperti yang pernah saya tekankan sebelum ini, tidak ada mana-mana pemimpin di Malaysia yang bebas dari kritikan.

Rakyat bebas kritik pemimpin kecuali..

“ Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu. Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi. Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara.

“ Saya merasa kesal dengan tindakan menangkap penggiat media sosial terbabit,” kata Dr Mahathir menerusi Twitter rasminya Dr Mahathir Mohamad‏@chedetofficial di sini sebentar tadi.

Sebelum ini seorang pengguna Facebook dikenali Rizal Fahmi memuat naik status mendakwa seorang penulis dan Ketua pengarang laman web Neon Berapi, iaitu Firdaus Abdillah Hamzah @Pipiyapong ditahan malam tadi di Balai Polis Tampoi, Johor.

Ia dipercayai berikutan tindakannya memuat naik status menghina seorang anak raja menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

“ Selepas setahun berkuasa, kerajaan baru sepatutnya jangan ikut perangai buruk rejim lama yang suka gunakan undang-undang untuk sekat pengguna media sosial, dan suka tahan orang sebab “sakitkan hati” orang lain di Twitter.

” BEBASKAN PIPIYAPONG,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Ini pula respon dari TMJ

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim di Twitter berkata Istana Johor tidak membuat sebarang laporan polis.

“ Jikalau ada laporan, ia kemungkinan dari pihak lain. Ini tiada kaitan dengan kami, dan tolonglah, pada bulan yang mulia ini, saya sekeluarga ingin menjalankan tugas kami bersama rakyat dan beribadah,” katanya.

TMJ menulis demikian sebagai membalas pertanyaan seorang individu di Twitter berkenaan hal tersebut.

” Salam @HRHJohorII adakah penahanan ini berdasarkan report daripada pihak Tunku atau pihak lain. Jika daripada pihak lain, harap pertimbangan Tunku yang ada locus standi untuk menitahkan pihak itu tarik balik report. Kalau @AGCPutrajaya dah charge nanti panjang pula ceritanya”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *