Viral Apabila Seorang Gadis Cantik Layan Rock Kapak Di Kokpit, Rupa-Rupanya Ini Identiti Gadis Tersebut

Viral di Twitter gara-gara layan lagu rock kapak dalam kokpit kapal terbang, juruterbang wanita bernama Khaysha Faizal ini mula menjadi tumpuan ramai.

Selain memiliki wajah yang cantik, ramai yang memuji kepintarannya sehingga menjadi seorang pilot. Bukan calang-calang tau!

Layan rock kapak

Video yang berdurasi 0:15 saat itu menunjukkan gadis comel ini memainkan lagu Taman Rasyidah Utama daripada Wings sambil bekerja. Siapa sangka gadis cantik yang mempunyai wajah seiras pelakon Lisa Surihani ini layan lagu rock dulu-dulu kan?

Ada lagi gadis layan Rock Kapak.

Memiliki ketinggian dan wajah persis model, Khaysha juga mempunyai lebih 200k pengikut di Instagram. Ketika ditemubual Harian Metro, gadis ini memberitahu berbangga menjadi sebahagian daripada warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB). Mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang Kapten, batasan jantina bukanlah penghalang baginya.

Lagi foto

Sumber : Khaysha Faizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *