Persembahan Buat Penonton & Juri Terpukau, Elvira Muncul Juara Mentor Otai. Tahniah!

Selepas 5 minggu berentap, akhirnya Mentor Otai melabuhkan tirai dengan menyaksikan Elvira selaku protege kepada Misha Omar, berjaya merangkul gelaran juara malam semalam. Kemenangan itu sekali gus melayakkan Elvira memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 dan trofi.

Memang hebat hebat belaka persaingan protege di konsert akhir semalam. Apa apa pun, kami di Ohbulan! mengucapkan jutawan tahniah buat kesemua peserta Mentor Otai tahun ini.

Azee tempat kedua


Meletup kebabommm duet Azee & Syamel! Strim LIVE HD Pentas Akhir MentorOtai

Seperti dijangka, tempat kedua dimenangi Azee yang membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama trofi, manakala tempat ketiga diperoleh Alina sekali gus mengondol wang tunai RM20,000 serta trofi.

Sementara itu, AJ atau Kamarol Azril Al’azemi mendapat tempat eempat dan menerima RM5,000 dan trofi. Pada persembahan akhir, peserta mempertaruhkan lagu seperti Terasing, Rindu Bertandang Lagi, Gubahan Lagu Puisi Syahdu dan Bukan Dia Tapi Aku.

Persembahan bersama artis jemputan

Onz tak onz duet AJ Farahdhiya ni? Strim LIVE HD Pentas Akhir MentorOtai aplikasi tonton sekarang!

Sementara itu, untuk persembahan kedua melalui pusingan duet bersama artis jemputan, mereka mempersembahkan lagu Fatwa Pujangga, Mendung Tak Bererti Hujan, Dua Insan Bercinta dan Nur Nilam Sari.

Semua protege diadili dengan format pemarkahan 50 peratus daripada juri tetap, 20 peratus (juri awam) dan 30 peratus adalah undian secara online. Mentor Otai diacarakan oleh Haziq Hussni dan Elly Mazlein, manakala juri tetap terdiri daripada Edry Abdul Halim serta Mark Adam.

Kugiran Masdo

Pentas konsert akhir ini dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada Kugiran Masdo yang menyampaikan lagu Bercanda dan Mas Mona serta penampilan Saleem dengan lagu Suci Dalam Debu.

Antara peserta lain yang menyertai Mentor Otai ialah Irwan Ahmad, Sairi Sari Osman, Abd Lokman Azmi dan Wan Mohd Azran Wan Hamzah.

Mereka mendapat bimbingan dari barisan mentor iaitu Siti Sarah, Zarul, Misha Omar dan Tam Spider.

Sumber : Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *