Penyanyi asal Bobo Di Mana luah rasa kesal

Roy Ricardo

 

Roy Ricardo

SINGLE terbaharu Datuk Aliff Syukri bersama Nur Sajat dan penyanyi dari Indonesia, Lucinta Luna, Bobo Di Mana,  sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila didakwa sebagai lagu ciplak dan digunakan tanpa kebenaran.

Penyanyi asal lagu tersebut, Roy Ricardo, yang juga merupakan rapper dari Indonesia meluahkan rasa kesalnya apabila lagu yang dirakamkan pada tahun 2014 dengan judul Semalam Bobo Di Mana itu telah telah diambil dan diolah tanpa kezinkan daripadanya.

Menerusi sebuah video  yang dikongsikan, Roy turut menunjukkan bukti lagu versi asal yang dinyanyikannya sebelum ni.

“Tolong kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan! Lucinta Luna yang telah memakai jargon saya, tagline saya dan lagu saya, saya ingin menyatakan yang lagu ini adalah lagu saya. Tolong minta izin saya dahulu sebelum menggunakannya,” luahnya.

Terdahulu sebelum itu, Andy Bernadee juga pernah menggunakan melodi lagu tersebut untuk singlenya yang berjudul Semalam Sahur Di Mana.

Bagaimanapun Roy memuji tindakan, Andy dan pihak pengurusannya yang terlebih dahulu meminta keizinan daripadanya sebelum lagu tersebut release.

Sumber : SinarHarian

Artikel Berkaitan..

Artis artis hot fm buar parodi lawal gilaa !! Jihan dgn shuk masuk air terukk ..

IPETALING JAYA: Rata-rata netizen terus menolak lagu Bobo Dimana nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang berkolaborasi dengan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna.

Terbaharu, video lirik lagu itu yang trending No 1 di laman YouTube pada Jumaat dengan merekodkan hampir satu juta tontonan digunakan sebagai platform netizen untuk menterjemahkan rasa kurang senang mereka.

Video yang baharu dimuat naik dua hari lalu menerima 102,000 tanda ‘tidak suka’ dan hanya 13,000 tanda ‘suka’.

Aliff Syukri menerusi Instgramnya sebelum ini memberitahu video rasmi lagu itu akan dipertontonkan kepada umum dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.

Ainiasmee berkata:“Shame… shame… shame… on u Dato. Produk Dato saya dah buang dah, sumpah tak akan beli lagi sampai bila-bila.”Sajat, Aliff Syukri dan Lucinta.

Rina_Maliana berkata:”Too bad! Merosakkan minda anak-anak. Dan perangai budak-budak. Nak duet pun pergi la cari artis Indonesia terkenal Krisdayanti ke Cakra ke? B**** tu nak pergunakan dato je nak terkenal kat Malaysia. Doa yang baik-baik je lah. Jadikan iktibar dah lepas ni.

Aimanyus23 berkata:”Maaf abg… saya bukanlah baik mana tapi saya terkilan sangat-sangat music video ni sangat-sangat keterlaluan. Sekarang ni budak-budak pun dok main IG… FB… Youtube… bayangkan tiba-tiba anak-anak Dato tengok MV ni dan tanya… Papa x malu ke… Dato nak jawab apa.

Nieysa_razak berkata:”Maaf… seriousvideo clip sampah pernah aku jumpa!

Terdahulu, Aliff Syukir dikecam netizen gara-gara memuat naik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimanayang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Perkara itu turut mendapat perhatian personaliti TV, Wardina Safiyyah yang meminta agar video tarian melampau itu dipadamkan.

Malah, tindakan itu turut mendapat perhatian ibunya, Rozita Ibrahim yang menegur Aliff Syukri secara berlembut di Instagram.Aliff Syukri bagaimanapun memadam video tarian tersebut selepas dikecam netizen.

Sumber: mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *