Pendakwaan Kes Jenayah DS Najib Razak Tiada Campur Tangan Politik. PM TUN Dr Mahathir

Najib Razak berdepan tuduhan jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa sebagai perdana menteri.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubualnya bersama portal berita terkemuka Timur Tengah Al Jazeera menafikan dakwaan campur tangan politik dalam pendakwaan kes penyelewengan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas kenyataan penyokong Najib dalam Umno yang menyifatkan kes itu sebagai bermotif politik dan Dr Mahathir mahu membalas dendam.

Salah satu janji pilihan raya adalah kita akan hormati pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman, jadi saya tidak boleh campur tangan dengan apa yang peguam negara mahu buat, katanya kepada Al Jazeera.

Mengulas dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika bahawa kira-kira AS$731 juta daripada dana 1MDB dipindahkan ke akaun Najib yang kemudian mendakwa wang berkenaan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Dr Mahathir dalam temu bual bersama Al Jazeera itu berkata tiada bukti peranan Arab Saudi dalam kes ini walaupun mereka tidak menafikannya.

Jadi, kita tidak boleh tuduh Arab Saudi, melainkan, terdapat bukti Arab Saudi cuba campur tangan dalam politik Malaysia, kata Dr Mahathir kepada Al Jazeera.

Untuk rekod sebelum ini semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, seorang wartawan Al Jazeera diusir dari Malaysia kerana video rencana berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Najib didakwa pada 4 Julai lalu kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai kerajaan untuk menerima rasuah RM42 juta sebagai sebagai dorongan untuk memberi jaminan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan KWAP kepada SRC International Sdn Bhd.

Dana RM42 juta dari SRC International itu didakwa dipindahkan ke akaun peribadinya antara Disember 2014 dan Mac 2015.

Najib turut berdepan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah CBT dalam kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC International.

Video Sekadar Hiasan:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Mamakusyg

Sumber: Malaysian Review via mamakusyg.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *