Peminat ‘restui’ hubungan Syafie Naswip, Aishah Azman

Syafie Naswip

PERKONGSIAN sekeping gambar romantis di akaun Instagram pelakon berbakat besar, Syafie Naswip dan pelakon yang semakin meningkat naik, Aishah Azman, mendapat perhatian pengikut mereka.

Dengan caption romantis : “I want to be the sky, so I can always look after you from above (saya mahu menjadi langit, jadi saya boleh melihat awak dari atas).” telah membuatkan ramai pengikut Instagram termasuk rakan artis memuji betapa romantisnya mereka.

Di dalam gambar tersebut, Syafie, 26, dan adik kepada pelakon Afiq Muiz, Aishah berada dalam lingkungan kelopak bunga mawar yang dibentuk menyerupai hati.

Tidak dipastikan sama ada ia hanya satu makan malam atau lamaran romantis, namun ke semua pengikut dan peminat ‘merestui’ perhubungan mereka dan mengharapkan Syafie dan Aishah segera mendirikan rumah tangga.

Malah Syafie juga turut mengaminkan beberapa doa rakan-rakan dan peminat di ruangan komen Instagramnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *