Padah!! Wanita Panjat Kuil Excited Nak Bergambar, Tak Perasan “ANU” Jadi Tontonan Umum

Bila melancong ke luar negara, semua orang mesti excited nak tangkap gambar cantik-cantik, kan? Tapi certain tempat tu ada peraturan masing-masing dan pelancong yang datang berkunjung tu kena lah ikut peraturan yang telah ditetapkan.

Tapi menurut Coconut, ada seorang wanita ni melancong ke Thailand dan macam orang lain jugak, dia excited nak bergambar. Tapi dia punya excited tu sampai memalukan diri sendiri. Alamak!

Sumber: Nextshark

Kalau ke Thailand, tak sah la kalau tak pergi visit kuil-kuil diorang yang cantik tu kan. Seni bina kuil yang sangat menarik tu membuatkan orang ramai tak nak terlepas berkunjung ke situ dan tangkap gambar kenangan. Termasuklah pelancong wanita ni yang berkunjung ke kuil Wat Phra Kaew di Bangkok.

 

Macam orang lain jugak, dia excited nak bergambar tapi sampai tak ikut peraturan kat tempat suci penganut agama Buddha tu. Dia pergi panjat kuil tu lepas tu selamba je letak kaki dia atas tu. Tapi apa yang buat orang kat situ lebih terperanjat is bukan sebab dia langgar peraturan je, tapi sebab rupanya kain dia terselak sampai nampak kemaluan! Erk!

Sumber: Nextshark

“Masa saya nak pergi sembahyang di kuil tu hampir tersembul mata saya ternampak wanita tu posing nak ambil gambar. Saya nak beri amaran kat dia tapi lepas tu dia dah pergi dulu. Tak elok dia buat macam tu. Kalau ye pun dia tak tengok warning sign, dia sepatutnya tak boleh panjat tempat suci macam tu,” kata seorang pengguna Facebook.

Kat situ tu ada peraturan yang pengunjung tak boleh panjat kuil, sebab ianya tempat suci. Then, wanita tu pakai skirt belah tepi, so bila dia duk posing tunggu kawan lelaki tangkap gambar mungkin dia tak perasan yang kemaluan dia dah jadi tontonan umum. Aduhai!

Sumber: Nextshark

Perkara ni dikongsi oleh seorang pengguna Facebook nama Aditha But Adit, tapi dia dah delete post tu sebab dah tersebar dan ramai sangat orang share.

Dah la langgar peraturan, tak pasal-pasal memalukan diri sendiri. Jangan buat perangai macam ni please kawan-kawan kalau pergi melancong mana-mana ye!

sumber lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *