Sebab Kesian Dia Menolong Janda Ini Tetapi Balasan Yang Dia Dapat Membuat Dia Menyesal

Saya bukan nak cerita kisah rumah tangga saya. Cuma nak cerita apa yang berlaku selepas saya bantu kawan saya janda anak 2.

Saya pun dulu pernah bercerai. Jadi saya pun cuba nak bantu wanita-wanita yang teraniaya. Pada mulanya kawan saya ni pm saya minta tolong. Waktu tu dia belum bercerai. Dia cakap suami dia tak balik rumah seminggu sebab enjoy dengan pompuan. Duit makan semua tak ada. Dia nak balik kampung tapi takut suami dia cakap nusyuz.

Saya suruh la dia buat report kat balai cakap suami tak balik so dia nak balik kampung la untuk cari makan dia dan anak. Lepas tu dia cakap dia takde transport. Anak pun kecik umur setahun lebih dan 4 bulan (2 orang anak) . So saya tolong dia bawa ke balai. Dan settle lah.

Sebulan lepas tu dia pm saya lagi cakap dah kena cerai. Dia kata bekas suami halau dia dari rumah dengan anak2 dia. Saya kesian. Waktu tu saya nak pi Turki. Jadi saya risau mereka sebab ada anak kecil.Saya beri dia guna kereta saya selama saya tak ada. Dia kata nak bawa mak dia dari Kelantan ke Shah Alam tapi takde duit. Saya belikan tiket flight untuk dia, mak dia dan anak dia supaya dia dapat bawa maknya ke Selangor untuk bantu dia. Katanya di Selangor dia takde sesiapa.

Ok. Panjang ceritanya.Saya pendekkanlah ya.

Dia ajak saya menyewa serumah.Katanya tak mampu bayar sewa sorang-sorang.Lagipun takde orang temankan dia dan anak kecil.Saya kesian lagi,saya pun pindah ke rumah sewanya. Deposit 80% saya yang bayar. Banyak lah peristiwa dia kena maki hamun dengan bekas suami, mertuanya maki hamun. Berebut anak dia tarik-tarik.

Saya pun tolong sampai saya sendiri kena pukul dengan mertuanya. Selama hampir setahun dia tak de duit dan kerja belum stabil, saya yang banyak beli susu pampers anak dia. Banyak barang anak dia saya tolong belikan sebab dia keluar dari rumah suaminya sehelai sepinggang. Katanya kena halau lah kan.

SAJAHEBOH.COM - Sebab Kesian Dia Menolong Janda Ini Tetapi Balasan Yang Dia Dapat Membuat Dia Menyesal

Saya kasihan nasib anak-anaknya yang masih kecil. Saya taknak mereka terbiar. Selama itu juga saya temankan dia bersama-sama naik turun mahkamah. hingga berjaya kes tuntutan nafkah anaknya. Saya banyak contact kawan2 saya lawyer syariah untuk minta bantuan dan pendapat.

Kawan saya ni pun cakap dah taknak bekas suaminya. banyaklah dia cerita keburukkan suaminya. Bab main perempuan, bab culas nafkah dan sebagainya. Saya sebagai kawan beri dia motivasi dan bantu kewangan. Kerja dia pun saya yang bantu carikan sebab bos dia kawan saya. Saya cerita dekat kawan saya dan kawan saya ambil janda ni bekerja.

10 bulan selepas itu, saya pun berkahwin dan masih tinggal serumah dengan kawan saya sebab saya dan suami pjj. Makin hari saya perasan dia makin berduit. Selalu shopping baju dan makan mahal. Tapi dia selalu juga tunjuk akaun bank cakap duit tak ada nak beli susu pampers anak. Saya pun kasihan, masih berikan duit.

Kemudian, dia mula ungkit banyak perkara. Dia kata saya tak hargai pengorbanannya. haha. Pengorbanan apa tak tahulah. Setakat dia kemas rumah je pun. Lagipun saya tak suruh pun dia kemas rumah dan bilik saya. Dia belanja saya kek secret resepi.Itupun dia ungkit. Bila saya sebut apa yang saya bantu, dia kata saya tak ikhlas.

Beberapa bulan selepas itu, dia bawa maknya dan anak buahnya umur 20 tahun tinggal serumah. Tetapi sewa masih saya bayar lebih. Bill elektrik sebelum ni tunggakkan rm500 saya yang bayarkan semua. Bila mereka ramai-ramai buka tv siang malam, kipas lampu semua. Bil naik kembali hingga hampir 200. Tapi mereka langsung tak kisah dan tak bayar.

Saya beli penapis air coway. Dia yang pujuk sebab katanya senang nak buat susu anak. Tapi lepas tu memang mereka guna buat harta mereka walaupun saya yang bayar bulan. Saya tak pernah ungkit dan sebut. Dia banyak kali suka cari pasal dengan saya.pasal dia basuh toilet pun dia cakap dia je buat kerja. Bab parking kereta pun dia nak bergaduh dengan saya.

Saya bawa dia dan anaknya ke Australia supaya minda dia terbuka dan maruahnya naik kembali sebab sebelum ni dia asyik kena hina dengan bekas sumi dan mertuanya. Yang kemuncak kemarahan saya bila dia cakap takde duit lagi beli barang anak, dan saya beri walaupun hidup saya dah tak senang macam dulu.

Kemudian saya ternampak dalam peti ais, rupanya dia beli supplement untuk cantik berharga RM600! Saya dah makin sakit hati. Tapi saya diam lagi dan perhatikan sahaja. Kereta dia rosak, dia nak guna kereta saya. Dia suruh saya guna kereta dia yang rosak jika saya nak kemana2. Tapi saya dah tak bagi dah dia pinjam.

Beberapa hari lepas tu berlaku lagi pergaduhan. Mula2 dia cakap dia nak keluar dari rumah. Saya iyakan je. Lepas tu dia cakap “Macam bodoh pula jika dia keluar sebab rumah tu dia yang cari, saya ni datang masuk ke rumah”. Kerana terlalu sakit hati, saya cari rumah sewa baru walaupun waktu tu saya dah sangat susah tak berduit.

Suami saya pun ketika itu masih tak dapat gaji. Jadi saya korek juga duit saya dan dapat lah bayar deposit sewa rumah. Saya pun dah pindah ke Perak. Saya bawa coway saya, tapi dia marah2 cakap saya tak prihatin kat anaknya. Eh, suka hati saya lah. Tu saya yang bayar dan beli. Dia tak puas hati lagi. Setiap 2 hari dia wasap saya marah-marah. Lepas tu asyik cakap dia akan bayar balik apa yang saya tolong.

Kerana saya dah cukup geram dan malas nak layan orang gila, saya bagi senarai list hutang dan semuanya RM5 ribu. Bila dia dapat list tu, dia meroyan cakap macam2 kat saya. Dia kata saya kawan yang jahat. Dia kata saya tak ikhlas. Saya malas layan. Saya pun block lah wasap dan fb dia. Dua bulan lepas tu dia sms saya pulak.

Image result for menyesal tolong janda

Dia meroyan lagi. Dia marah kenapa saya perli dia kat fb. Suka hati saya lah. Saya sakit hati. Kemudian dia cakap lagi dia akan bayar.. Takut nanti mati roh tergantung. Tapi setakat ni baru bayar rm100 dan dah tak bayar lagi. 5 bulan saya dah tak ambil tahu berkenaan dia anak beranak. Saya dah move on. Tak sebut dan ambil tahu pasal dia. Tetiba minggu lepas ada seorang perempuan contact saya. [Sajaheboh.com]

Perempuan tu kekasih kepada bekas suami kawan saya yang janda tu. Dia kata janda tu nak rujuk balik dengan bekas suami. Siap pujuk rayu. Kemudian janda tu burukkan nama saya. Mula-mula saya tak percaya pasal burukkan saya tu. Saya cakap kat perempuan tu baguslah mereka nak rujuk. Awak pun kawinlah juga dengan laki tu.

Bermadu lagi senang. Tak payah berebut laki. Perempuan tu bagi bukti screenshot. Memang benar kawan saya fitnah saya. Kawan saya cakap saya yang jadi batu api sehingga dia benci bekas suami. Dia cakap saya yang burukkan bekas suaminya hingga dia benci suaminya. Dia cakap lagi dekat bekas suaminya yang saya pegang fb dia. Saya yang tulis dalam fb dia berkenaan keburukan bekas suami dia.

Bila masa lah saya buat semua tu. Dia yang cerita semua buruk bekas suaminya. Saya pendengar dan bantu dia sahaja. Akhirnya demi dia nak pujuk bekas suaminya.. dia sanggup fitnah saya. Dia nak tunjukkan dia baik dan yang buruk tu semua saya yang buat.

Sanggup dia fitnah saya yang bermati-matian tolong waktu dia merempat dan susah. Hanya sebab nak kembali kepada bekas laki, dia fitnah saya. Sungguh saya serik nak bantu wanita ibu tunggal yang di ceraikan suami. Saya takut untuk terkena lagi. Saya tolong dia separuh nyawa. Saya beri segalanya. Handfone dia guna pun duit saya. Cermin mata dia pun duit saya. Segalanya saya bantu sewaktu dia susah. Ini balasannya.

Saya cuma nak nasihatkan kepada semua wanita yang di ceraikan dan ibu tunggal, janganlah berperangai begini. Jangan buat taik kat orang yang bantu.

Saya pun pernah bercerai juga dulu, sebab tu saya nak bantu orang. Waktu saya susah ramai kawan bantu saya hingga saya berjaya. Tapi saya baru tahu wujud ibu tunggal berhati busuk begini. Setakat muka lawa dan lemah lembut tak guna kalau hati busuk. Saya takkan maafkan perbuatan dia keatas saya. Moga dia insaflah sebelum mati. Jangan ada lagi yang dia ambil kesempatan macam yang saya kena ni. Ini pengajaran untuk saya. Buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali.

Source: KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *