MAY4T Nur Aisyah Aleya Abdullah sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim selepas suami isteri yang ditahan di Ampang, Selangor semalam menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan.

Beliau juga akan mengadakan sidang media di lokasi kejadian berhubung penemuan m4yat itu.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan kanak2 perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Polis menerima maklumat daripada ibu kanak2 terbabit yang berusia 31 tahun, Ahad lalu yang membuat laporan mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.

Antara komen2.

Sian budak tu jadi mngsa keadaan. Tedahnya. Mak pon sik boleh pk juak. Tinggal anak dirumah teman lelaki yg dah bkeluarga.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim selepas suami isteri yang ditahan di Ampang, Selangor semalam menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan. 😭😭😭

nah cerita kepada orang yg tak faham, cerita ni memang berbelit sikit.

perempuan indonesia ni ada anak.. bercinta dgn mamat lgkawi yg dh berkahwin.. dia dtg ke langkawi ke rumah mamat tu… tgal bersama mamat tu dan isterinya… akhirnya isteri mamat tu.. yg juga seorg nurse tau perempuan indonesia tu couple dgn suami dia. so…. perempuan tu disuruh keluar rumah tetapi anak nya diorg ambil alasan tlg jaga.. bila perempuan indonesia tu dtg nak tgk anak… diorg ckp.. dh kasi kat org lain bdk tu….perempuan tu buat laporan polis… selepas cuba cari balik suspek@bf dia.. merangkap laki org ditempat kerja bini nya di hospital… tp dua2… dh hilangkan diri.

Saya cadang kan selepas ni bila ada orang hilang buat report lepas 12jam.klau lepas 24 jam dah jadi macam2 kt budak2 hilang tu. 24jam masa lama kan. Cdang je. ✌️✌️

Bini nurse..dok kuartes hospital..tp budak tu sawan pi tinggai dlm hutan..apa kejadah la..lg xblh blah..boleh plk bwk awek dok serumah dgn bini..blakon jd org gaji ka apa..yg si mak pon dh kena halau awt xbwk ank..hang igt org suka ank hang ka kalau hang mnyondol rumahtangga org..kebabian apakah..

Knapa nk sorok kem4tian dia camtu klo dah ckp meninggal sbb tkena sawan. Apa nak takut klo tak sengaja. Sesuatu sgt ! Jahatttt

Terdahulu, KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak itu, Nur Aisyah Aleya Abdullah, jam 12.08 malam .

Katanya, ibu kanak-kanak itu seorang warga Indonesia berusia 31 tahun memaklumkan anak perempuannya yang dijaga teman lelaki.

“Ibu kanak-kanak itu ada bertanyakan kepada lelaki terbabit (suspek) di mana anaknya berada, namun dimaklumkan sudah diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

“Berikutan itu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, hasil siasatan awal mendapati, wanita itu mengenali suspek berusia 37 tahun yang sering ke tempat kerjanya di Pulau Pinang awal November lalu sebelum mereka bercinta.

Namun, katanya, akhir bulan sama, wanita itu ke Langkawi dan tinggal bersama suspek dan isterinya di sebuah rumah di Kuarters Hospital Langkawi.

“Bagaimanapun, awal Januari tahun ini, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengesan hubungan antara suaminya dengan wanita berkenaan.

“Selepas rahsia mereka terbongkar, wanita itu kemudian dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat namun anaknya tidak diserahkan kepadanya, “katanya.

Mohd Iqbal berkata, akhir bulan lalu, wanita terbabit pergi ke rumah suspek dan mendapati anaknya tiada sebaliknya dimaklumkan anaknya sudah diserahkan kepada pihak lain yang tidak dikenali.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah dan tempat kerja isteri suspek sudah dibuat namun pasangan suami isteri terbabit tiada.

Dari Langkawi lari ke Ampang…

SUAMI isteri yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kanak2 perempuan berusia tiga tahun yang hilang minggu lalu ditahan polis, hari ini (semalam).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan di Ampang, Selangor pada 4 petang.

Menurutnya, polis akan membawa mereka pulang ke Langkawi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun kanak2 terbabit tidak berada bersama mereka dan kami masih menyiasat mengikut kes berkenaan mengikut Seksyen 48(2) Akta Kanak2,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan kanak2 perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima maklumat pada 12.08 malam kelmarin daripada ibu kanak2 terbabit yang berusia 31 tahun membuat laporan mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.

Dah mennggal dunia, rupanya….

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung bulan lalu, dipercayai sudah mennggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak2 terbabit sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami saw4n ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

“Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *