Najib Razak Lewat Hadir Ke Dewan Parlimen, Gamat Suasana Bila Dia Disambut Meriah Walaupun Lambat. Shahidan Kassim Pun Ketawa

Sebelum ini Najib Razak tidak dapat hadir ke hari pertama pembukaan Parlimen untuk tahun 2019 kerana terpaksa berada di mahkamah.

Ketidakhadiran Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk itu disahkan oleh ketua pembangkang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tidak pasti mereka di mana. Adakah mungkin Najib perlu berada di mahkamah? Saya juga tidak menyedari yang beliau (Ahmad Zahid) tiada di sini,” katanya semasa ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa berkenan merasmikan istiadat itu, diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. – BERNAMA

Sumber Artikel: Bharian Online

Najib Razak Respond Kenapa Dia Tidak Hadir

Media di bawah kawalan kerajaan PH melaporkan saya tidak hadir ke majlis pembukaan penggal kedua Parlimen hari ini tetapi tidak memberi sebarang sebab.

Seolah-olah nak memberi gambaran bahawa saya malas untuk hadir ke parlimen atau tidak menghormati DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang sebenarnya berlaku hari ini ialah Mahkamah telah tolak permohonan saya untuk menghadiri parlimen untuk hari ini dan hari esok.

Nampaknya kali ini media Singapura lebih jujur untuk melaporkan berita sebenar.

Kali Ini Najib Razak Hadir Tapi Masuk Lambat Sikit ..

Satu adengan mencuit hati terjadi di dalam dewan Parlimen baru baru ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak sampai lambat dan ketika itu Dewan Parlimen sedang bersidang.

Ketika Najib Razak sedang menuju ke tempat beliau di Parlimen, tiba tiba gamat dewan dengan panggilan ‘ Malu Apa Boss ku’ dan ‘ Bukan Biashe Biashe ‘.

Ahli ahli Parlimen jelas menyindir ahli Parlimen Pekan kerana sampai lambat dalam dewan Parlimen.

Dato Shahidan Kassim pun ketawa. Rasa Najib Razak pun ketawa bila dengar ayat itu. Memang bukan biasa biasa lah ..

Mari lihat video tersebut.

Dikemaskini oleh : KL VIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *