Muhyiddin Yassin Pengkhianat

Muhyiddin Yassin diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Dimana suatu ketika dulu semasa dirinya berpihak kepada Kerajaan UMNO dengan lantangnya menyuarakan bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Tambahan lagi Muhyiddin Yassin juga pernah mengingatkan bahawa “DAP hanya mahukan Si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan ahli DAP”. Kenyataan ini disuarakan pada Perhimpunan Agong UMNO pada tahun 2011.

Nampaknya kita sendiri sudah tahu siapa ‘Si Malang’ yang dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin suatu ketika dahulu. Secara tidak langsung, Muhyiddin Yassin boleh diibaratkan seperti lembu dicucuk hidung yang mengikut segala telunjuk DAP sahaja.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin Yassin sendiri sanggup berikrar untuk bekerjasama dengan DAP bagi menumbangkan Kerajaan UMNO Johor. Nampaknya, sudah terang lagi bersuluh Muhyiddin Yassin seperti meludah ke langit, akhirnya terkena batang hidung sendiri!

Jadi sekarang siapa yang pengkhianat bangsa yang sebenar?

Peliknya, ada apa dengan DAP sehingga Muhyiddin sanggup berikrar untuk bekerjasama dengan DAP bagi menumbangkan Kerajaan UMNO Johor?

Sedangkan Muhyiddin Yassin sendiri tahu bertapa bahayanya DAP dan agenda perjuangan DAP tetapi masih mahu bekerjasama dengan ahli-ahli DAP.

Lebih penting lagi, Muhyiddin Yassin juga telah mengkhianat pengundi- pengundi di Pagoh. Tergamak Muhyiddin Yassin mengecewakan pengundi- pengundi di Pagoh yang selama ini sanggup tinggalkan UMNO dan sekarang ini balasannya?

Dengan mudahnya Muhyiddin Yassin bertindak meninggalkan Pagoh dan melarikan diri ke Muar semata-mata ingin bertanding kerusi di Muar. Jadi saya tidak faham, apa sebenarnya pendirian Muhyiddin Yassin sebenarnya. Apa yang dapat saya lihat pendirian Muhyiddin Yassin acap kali seperti lalang yang di tiup angin.

Melihat keadaan ini saya dapat simpulkan bahawa Muhyiddin Yassin bertindak sedemikian adalah kerana demi kepuasan dan kepentingan politik sahaja. Dan lebih kejam lagi, Muhyiddin Yassin lebih rela melihat ahli DAP yang berkuasa berbanding pemimpin-peminpin Melayu.

Oleh itu, saya ingin menyeru agar rakyat dapat membuka mata dan fikiran untuk melihat sendiri bagaimana corak pentadbiran yang dimainkan oleh pembangkang yang penuh dengan pengkhianatan dan tipu helah ini.

Oleh – Dhia Hani
Persatuan Pemikir Muda Johor

Sumber: bicaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *