Terbaiklah, Mat Motor Bawa Polis Naik Yamaha R1, Kejar Suspek Langgar Lari

Sikap prihatin seorang penunggang motosikal dari Thailand dapat perhatian ramai baru-baru ini. Chainarong Sookoon, 30, menumpangkan anggota polis untuk mengejar suspek kem4langan langgar lari. Langgar lari ni memang admin geram. Dah buat salah tap ink lari pula. Tak bertanggungjawab.


Sumber: Facebook

Menurut laporan, polis Ao Lueak terima panggilan dari polis Phang Na memberitahu tentang seorang pemandu trak pikap sedang melarikan diri ke Krabi lepas terbabit insiden langgar lari.

Ketua Polis Ao Lueak, Kolonel Kritsanat Wongklaharn berkata, pihaknya kemudian terus buat road block tapi pemandu trak tu bertindak merempuh sekatan tersebut. Chainarong yang menyaksikan kejadian rempuhan road block tu terus offer seorang anggota polis untuk membonceng motor Yamaha R1 dia.

“Trak itu enggan berhenti di tempat pemeriksaan polis dan empat kereta polis terus mengejarnya. Seorang penunggang motosikal yang juga orang awam menawarkan bantuan. Tindakannya sangat berani dan bersemangat untuk bantu masyarakat.” Hebatnya abg moto ni. Kejadian yang berlaku dekat Jalan Seaboard, Krabi tu menyaksikan anggota polis yang bonceng motor Chainarong lepaskan satu das tembakan dekat tayar depan trak tapi dia masih enggan berhenti.

Lepas tu, dia tembak sekali lagi tanda amaran dan akhirnya pemandu tu berjaya dihentikan oleh polis. Suspek berusia 21 tahun tu kemudian didapati positif dadah dan memberitahu yang dia bergaduh dengan isteri. (tu semua alas an, salah tetap salah).

Video:-

Pemandu tu didakwa dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah, memandu tanpa menghiraukan keselamatan orang lain, melanggar isyarat jalan raya, dan memandu secara merbahaya. Mesti pesalah ni ingat dia dapat lari cmtu ja kan. Tak sangka pula ada hero moto datang memberi bantuan kepada pihak polis. Terus kena tangkap.


Sumber: Facebook

Fuhhh! Dah macam dalam action movie plak! Thorrrbaek! Inilah yang perlu dicontohi rakyat kita. Sanggup bergadai nyawa demi membantu pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan rakyat berasa aman. Bantulah walau sekecil2 bantuan yang dapat anda berikan nescaya Allah akan beri ganjaran kepada kita.

Abang-abang dan adik-adik jadikanlah perkongsian ini sebagai satu teladan ye.Harap anda suka dengan perkongsian cerita ini. Sekian. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Boleh like dan follow facebook page Antara Kau Aku dan Dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *