“Takut ke, mana nak lari?” sambil tangan kasar dia pegang aku masa aku cuba lari. Walaupun gelap aku rasa nafas dia

Aku Bunga (bukan nama sebenar). Aku nak minta sorry kalau cerita aku ni biasa-biasa. by the way thank you admin siarkan kisah aku.

Aku kerja dekat Subang, so aku sewa rumah dekat area Shah Alam. Aku stay dengan bestfriend aku 3 orang so termasuk aku 4 orang. Aku bahasakan dorang Ati, Wani. Mel. Aku duduk master bedroom dengan Ati.

Situ ada 3 bilik, Wani and Mel, bilik kecik tu kita orang buat bilik solat and wardrobe. Sebulan stay situ memang takde masalah. Sebab dorang semua kawan yang aku dah kenal lama, so takde issue internal ke apa. Kisah seram yang aku alami ni buatkan aku fobia bila blackout. Serious aku cakap.

Masuk bulan kedua, Ati balik kampung sebab nenek dia sakit, so tinggallah aku sorang tidur dalam bilik tu, tapi budak-budak lain ada je dekat rumah. So malam tu aku plan nak masuk bilik awal sebab nak layan movie, tengah syok layan tiba-tiba rumah blackout, so dalam bilik tu gelap gila nasib baik laptop aku hidup sebab ada batery, aku ni cepat gelabah, aku bangun dari katil nak buka pintu tiba-tiba aku rasa macam ada orang bernafas dekat tengkuk aku.

Aku paniklah then aku nak buka pintu duk pulas-pulas tombol takleh buka, lepas tu aku rasa ada orang bernafas lagi and aku dengar suara halus perempuan menangis dekat bucu katil. Suara nangis tu serious aku cakap seram gila. Aku taip ni pun meremang weh! Sampai aku rasa macam nak terkucil, aku dah baca surah 3 qul boleh pula suara tu tiru aku baca, tapi dia macam ejek sebab aku baca tunggang langgang.

Image result for sambil tangan kasar dia pegang

Serious aku meraung kuat, sebab suara benda tu garau sangat, dengan dia mengilai lagi. Then aku gelabah pulas tombol aku rasa ada tangan kasar kuku panjang pegang tangan aku tak bagi aku pulas tombol tu. Dia cakap,’ takut ke nak lari mana?”. Aku terus duduk sambil nangis. Around 5 min macam tu elektrik ada balik. Aku bangun terus pergi bilik Wani, Wani terkejut tengok aku pucat and tanya kenapa dengan aku.

“Aku takut, aku ketuk bilik kuat-kuat korang tak datang pun, kan blackout tadi, bilik aku ada bendalah, aku dengar suara perempuan nangis pastu ada tangan tua pegang tangan aku, aku takut!” Wani pelik dengar cerita aku. “ Blackout? Mana ada lah, dari tadi okay je and tak dengar bunyi bising pun, yang kita orang dengar suara kau gelak macam kau selalu gelak layan Jozan tu.” Serious aku panik gila, aku cakap aku nak tidur dengan dorang. Dorang bagi, aku cuak sampai bantal peluk aku, aku tak amek pun dalam bilik. Malam tu memang takleh tidur aku.

Seminggu lepas tu okay dah, takde apa-apa and aku pun lupa dah kejadian tu. Then malam sabtu, macam biasa aku tengok movie sebab esok cuti kan time ni Ati ada sekali kita orang layan movie sesama.

Tengah layan cerita sedih tiba-tiba ada suara perempuan nangis bawah katil, memula kita orang ingat cerita tu sebab kebetulan memang tengah scene sedih, tapi bunyi tu real sangat. Aku nak cakap dekat Ati, aku cuak, so aku siku lengan dia buat isyarat angkat kening, then Ati ni jenis berani, dia hulur kepala ke bawah then selak kain katil tu, dia jenguk dekat bawah nak tahu apa ada? Ada batu nisan weh! Balut macam bby yang kita selalu tengok ‘kakak cantik’ pegang tu.

Haaaa.. macam tu lah! Ati terus duduk atas katil suruh aku baca 3 qul dengan ayat kursi then ajak aku keluar bilik, time aku nak turunkan kaki nak bangun dari katil aku rasa kuku duk usik tapak kaki aku, aku terus menjerit berlari keluar bilik terus pergi bilik Wani, pintu bilik aku macam kena hempas lepastu dengar bunyi orang mengerang dalam bilik tu.

Time ni semua orang ada dalam rumah tu kena kacau. Dekat dapur bunyi kuali periuk berlaga, dalam bilik air bunyi perempuan mandi sambil menyanyilah, kita orang tak tahan terus blah dari rumah tu lepak mamak. Seriau nak stay rumah tu.

Sampai mamak Mel buka cerita , “ Aku pun kena kacau time aku nak mandi, aku tengah syampu rambut tiba-tiba aku rasa rambut bahagian bawah aku kasar gila, macam berus dawai. Aku peliklah kan, aku tengok betul-betul sekali bukan rambut aku tau sebab ada rambut putih sekali.

Aku terus mandi laju-laju then solat isyak terus. Malam pula aku nak tidur, aku dengar Wani menangis sebelah aku, aku bangun nak tengok kotlah dia ada problem ke dengan tunang dia sekali aku nampak perempuan hodoh gila baju coklat tengah pandang aku senyum menyeringai. Sumpah weh sampai sekarang aku ingat lagi muka dia”. Kita orang malam tu memang lepak mamak sampai pukul 7 lebih.

Dah terang kita orang balik rumah, tengok rumah kemas je macam takde apa jadi. Aku dengan Ati masuk bilik kita orang nak tengok batu nisan tu ada lagi tak bawah katil, pelik tau memang takde tapi yang ada macam pasir tanah, alaaa yang macam tanah kat kubur tu.

Kebetulan pakcik Mel ni memang ustaz so kita orang panggil dia untuk baca yaasin dengan doa selamat. Lepas 2 minggu tu okay dah alhamdulillah takde apa jadi, masa dalam 2 minggu tu kita orang ada lah jumpa makcik Timah jiran sini, makcik tu cakap dulu owner rumah tu ada adik perempuan, adik dia ni baru lepas bersalin tapi adik dia ni meroyan sebab suami dia ceraikan dia sebab ikut perempuan indo.

So dia tekanan sampai buunuh di ri dalam bilik aku tu. Bila aku dengar macam, wehhhhh..bapak seram siot!!! Tapi makcik tu cakap jiran sini tak kena kacau pun, tapi siapa sewa rumah tu je kena. Before kita orang ada pasangan suami isteri ni duduk, dorang sewa 5 bulan je then dorang tak tahan, sebab wife dia tu 2 kali gugur, punca tak tahu.

Now kita orang dah pindah pun dari rumah tu and rumah baru ni alhamdulillah okay. Apa pendapat anda. Jika menarik silakan share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *