Mak Cik & Pak Cik Bawang Nusantara Bersatu, Laman YouTube MasterChef UK Dipadam

Mak Cik & Pak Cik Bawang Nusantara Bersatu, Laman YouTube MasterChef UK Dipadam

Selepas tular kisah ‘rendang ayam crispy’, semakan terbaharu mendapati video episod yang memaparkan penyingkiran Zaleha Kadir Olpin di YouTube rasmi MasterChef UK, telah dipadamkan.

Laman itu semalam diserang oleh netizen bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara-negara Nusantara termasuk Indonesia dan Brunei.

Bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti juri, malah tidak kurang juga yang meninggalkan komen berbentuk sindiran dan mengecam pihak produksi.

Pada mulanya, laman itu hanya menutup ruangan komen, namun difahamkan, ia terus dipadamkan sekitar jam 11 pagi tadi.

Ia berkemungkinan besar berpunca daripada kemarahan bertubi-tubi netizen terhadap komen tidak masuk akal juri pertandingan itu, John Torode dan Gregg Wallace, terhadap juadah nasi lemak rendang ayam yang dimasak Zaleha.

Zaleha, 48, yang berasal dari Kuantan, Pahang, merupakan salah seorang peserta MasterChef UK musim ke-14.

Dia yang kini menetap di Bristol, UK bersama suami dan dua anak mereka, menyediakan hidangan nasi lemak dengan rendang ayam pada peringkat suku akhir.

Namun Zaleha tersingkir kerana juri mendakwa ayam rendangnya tidak rangup, selain turut mendakwa kuah rendang tidak sesuai diletakkan berasingan.

Sumber.

 

ARTIKEL BERKENAAN…

 

Video Seram Perempuan Berkebaya Merah Menghantui Netizen

Video Seram Perempuan Berkebaya Merah Menghantui Netizen

Penampakan seorang wanita berkebaya merah dalam sebuah video viral mengundang bualan netizen semenjak tengah malam tadi.

Video yang berdurasi 55 saat itu tidak henti dikongsi ramai pengguna media sosial di laman Facebook dan turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Kelibat wanita berkebaya merah itu dirakamkan oleh seorang lelaki pada jam 3.24 pagi semalam (28 Mac 2018) dan lelaki itu dipercayai sedang memenami rakannya memandu.

Wanita berkebaya merah itu muncul sebanyak empat kali dalam video tersebut dan mengundang keseraman mereka yang menontonnya.

Namun begitu, video itu tergantung dan netizen tidak dapat melihat kesudahan yang terjadi kepada individu yang merakamkan video tersebut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai lokasi rakaman serta orang yang terlibat merakamkan video itu tidak dapat dikenalpasti.

Perkara tesebut mengundang andaian netizen yang mula membuat kesimpulan tersendiri.

Ada juga netizen yang mengakui pernah melalui pengalaman seram seperti yang dilihat dalam video tersebut.

 

Sumber.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *