‘Majlis Tak Lama Lagi’, Gambar Jutawan Muda, Bakal Suami Nelydia Senrose Tersebar Ke

Terdahulu, media sosial pernah menyiarkan artikel dimana pelakon terkenal, Nelydia Senrose dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jutawan muda berusia 30-an. Ramai terkejut dengan berita perkahwinan yang bakal berlangsung pelakon terkenal, Nelydia Senroset ak lama lagi. Kelihatan, gambar bakal suami beliau mula tersebar di Internet.

‘Majlis Tak Lama Lagi’, Gambar Jutawan Muda, Bakal Suami Nelydia Senrose Tersebar KeSumber IG
‘Majlis Tak Lama Lagi’, Gambar Jutawan Muda, Bakal Suami Nelydia Senrose Tersebar KeSumber IG

Setelah gambar tersebut dimuatnaik, peminat-peminat membuat andaian bahawa adik kepada Uqasha Senrose ini telah dilamar dan turut mengucapkan tahniah kepadanya.

‘Majlis Tak Lama Lagi’, Gambar Jutawan Muda, Bakal Suami Nelydia Senrose Tersebar KeNelydia & pasangan, Hafez Halimi

Sebelum itu, Uqasha Senrose ada muat naik video menunjukkan dirinya menyambut jambangan bunga di majlis ‘bridal shower’ Nelydia Senrose. Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang disifatkan terlalu ingin mengikut budaya barat.

Uqasha menjelaskan aksi tersebut tidak dirancang tetapi berlaku secara spontan dan hanya suka-suka sahaja serta tiada niat lain.

“Sumpah demi Allah itu bukan plan hanya saja-saja je. Bukan nak ikut adat kafir ke seperti orang luar katakan.

‘Majlis Tak Lama Lagi’, Gambar Jutawan Muda, Bakal Suami Nelydia Senrose Tersebar Ke

“Kumpulan perempuan kitaorang ni semua sudah ada pasangan kecuali saya yang tidak berkawan dengan sesiapa for now. Jadi diorang tolak Sha tapi kalau dah sampai jodoh tu tolaklah kemana pun mesti akan dapat juga,” katanya kepada Media Hiburan.

Ditanya sama ada adakah simbolik menyambut bunga tersebut bermakna Uqasha juga akan berkahwin dalam masa terdekat, pelakon itu memberitahu dia masih belum mempunyai calon dan tidak terburu-buru untuk berkahwin.

“Bunga dah dapat calon je belum lagi dan saya sekarang dalam misi mencari calon. Jodoh tu ada tapi mungkin lambat. Mungkin jodoh adik sampai dulu jadi kita dahulukan.

“Nak cepat-cepat pun buat apa dan kalau orang tu bukan terbaik buat kita kenapa kita perlu gadaikan hidup kita. Biar lambat asal selamat,” katanya lagi.

Semoga dipermudahkan urusan Nelydia & Pasangan!
Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik Anak Perempuan Senrose
Siapa tidak kenal dengan pasangan adik-beradik popular dalam industri hiburan, aktres Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Uqasha yang berusia 25 tahun, meledak dengan beberapa drama popular, antaranya Tundukkan Playb0y Itu, Kerana Anisa, Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan Hero Seorang Cinderella. Tak kurang beliau turut membintangi filem-filem seperti Paku Pontianak dan Hantu Kak Limah 2.

Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992 merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu. Beliau kemudiannya muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin.

Kehidupan awal
Uqasha Senrose dilahirkan pada Selasa, 6 Julai 1992 Masihi bersamaan 5 Muharram 1413 Hijrah di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Salah seorang daripada adik beliau juga seorang pelakon iaitu Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau telah bekerja sebagai pramugari di AirAsia, salah satu syarikat penerbangan tambang murah terulung di Malaysia.

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik Anak Perempuan Senrose

Manakala, Nelydia, 23, dikenali menerusi drama Spa Q, Spa Qistina, Setia Hujung Nyawa, Lara Terindah, Encik Suami Mat Salih Celup dan banyak lagi. Turut membuat kemunculan dalam filem Cinderella, Mat Tudung dan Jebat.

Adik-beradik ini sememangnya amat jelita dan sering dikaitkan dengan ramai selebriti lelaki popular sebagai kekasih.

 

Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah tampil dalam beberapa drama televisyen dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina.

Nelydia juga terkenal dengan beberapa peranan TV termasuk Friday I’m In Love (2012), Cinta Jannah (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia (2014), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) serta Lafazkan Kalimah Cintamu (2018). Selain peranan di televisyen, Nelydia juga terkenal dengan peranannya di layar lebar termasuk watak sebagai Nurul dalam Cinderella (2013) dan sebagai Zizie dalam Mat Tudung (2014). Melangkaui kerjaya lakonannya, Nelydia merupakan pengasas bersama produk kecantikan Secret of Senrose.

Nelydia dilahirkan pada Sabtu, 30 Julai 1994 Masihi bersamaan 21 Safar 1415 Hijrah di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik, salah seorang kakaknya ialah Uqasha, juga bergiat aktif sebagai pelakon. Ibu bapa beliau berketurunan Siam dan Melayu. Adik beliau ialah bekas juara Dewi Remaja 2014/15 iaitu Raysha Rizrose yang juga merupakan seorang model dan pelakon. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya dan berkelulusan dalam bidang psikologi di Universiti SEGi.

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik Anak Perempuan Senrose

Terkini, Nelydia dikatakan sedang mengenali hati budi seorang businessman dari pantai timur.

Untuk pengetahuan anda, Uqasha dan Nelydia mempunyai kedua ibu bapa yang tak kurang kacak dan jelitanya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, bukan?

Jom intai gambar ibu dan bapa kepada pasangan adik-beradik ini.

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik Anak Perempuan Senrose

Kami Sama Ibu Lain Ayah – Penjelasan Rasya Rizrose Tentang Statusnya

Mungkin ramai tidak kenal adik Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose yang kian meningkat popular melalui Dewi Remaja 2015 . Raysha yang memiliki tubuh tinggi lampai, berwajah molek dan berbakat, maka laluannya di lorong seni semakin bersinar.

Tidak sekali-kali dia menumpang populariti kakak-kakaknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Cuma itu dianggap bonus buat dirinya kerana memiliki susur-galur keluarga yang sudah menceburkan diri dalam industri seni.

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik Anak Perempuan Senrose

Rasya Rizrose adalah Adik Nelydia Senrose & Uqasha Senrose. Dia merupakan adik berkongsi ibu yang sama tapi berlainan bapa,Untuk pengetahuan korang, bapa Raysha berketurunan Cina dari Indonesia manakala ibunya Thailand. Wah patutlah comel.

Kami adik beradik seibu, tetapi berlainan bapa. Maka kami dikira adik-beradik ya, bukan adik-beradik tiri. Memang saya akui ramai yang silap dan keliru perihal ini. Uqasha dan Nelydia adalah anak hasil perkahwinan pertama mama dengan suami terdahulu.

Selepas berpisah, mama menikah dengan ayah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak termasuklah saya. Walau berlainan bapa, namun kami lebih selesa jika umum tahu yang kami adik- beradik, tiada istilah lain bapa dalam hidup kami tujuh adik- beradik (empat perempuan dan tiga lelaki).

Hubungan kami sangat rapat memandangkan kami membesar bersama yakni di bawah jagaan mama. Sejak dilahirkan memang saya sudah tingggal di bawah satu bumbung dengan kakak. Celik-celik mata dah nampak kakak- kakak saya, hahaha… Jadi tiada isu kenapa hubungan kami tidak mesra.

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Patutlah Cantik Anak Perempuan Senrose

 

TONTON VIDEO :


Sumber : terbaik sembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *