MAHATHIR PUNCA RAKYAT HINA AGONG DAN RAJA

Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir cuba membangkitkan satu fenomena supaya rakyat Malaysia lantang menentang institusi Raja Raja Melayu.

Menurut Lokman, penentangan Mahathir terhadap penolakan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V terhadap cadangannya yang berkeras mahukan perlantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara merupakan satu tindakan biadap.

“Saya nampak ini satu usaha oleh Mahathir untuk mengajak rakyat untuk memerangi Yang Di-Pertuan Agong dan institusi diRaja.

“Akibat daripada perbuatan manusia durjana termasuklah Mahathir menyebabkan telah ramai orang muda dan orang bukan Islam telah mengeluarkan ayat yang cukup biadap ke atas Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu,” katanya dalam sidang media di Skudai, Johor pada Isnin.

Sehubungan itu, Lokman telah membuat satu laporan polis terhadap Mahathir dan juga seorang individu yang telah mengeluarkan rakaman suara menghina Yang Di-Pertuan Agong telah dirasuah untuk menolak perlantikan peguam negara serta melengahkan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

“Ini satu tuduhan yang amat dasyat dan melampau. Dalam rakaman tersebut juga lelaki itu telah mengeluarkan kata-kata yang sangat biadap.

“Jadi saya nak memberi amaran kepada mereka yang biadap ini, kita bukan hanya akan memantau anda, kita tidak akan berdiam diri, kita akan bangkit mempertahankan institusi raja raja melayu,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Lokman akan mengatur satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan serta taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong serta institusi Raja Raja Melayu.

“Kita akan buat satu perhimpunan besar-besaran kita akan jemput semua sekali badan badan NGO dan rakyat Malaysia yang masih sayangkan institusi beraja di negara ini.

“Saya menyeru kita tidak boleh diamkan diri dan biarkan Raja Raja kita dipijak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” luahnya dan melaungkan Daulat Tuanku.

Sumber: bicaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *