Mahathir Geli Hati Lihat Pembangkang Menjerit Dan Buat Bising

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat geli hati apabila anggota parlimen BN dan PAS melangkah keluar dewan kerana membantah pelantikan speaker.

Dr Mahathir yang kembali ke parlimen pagi ini selepas lebih sedekad berundur sebagai perdana menteri, tersenyum melihat keadaan dewan gamat seketika apabila anggota parlimen pembangkang menjerit dan membuat bising.

Pada satu ketika, Dr Mahathir malah seakan membuat ekspresi muka mengejek dan seolah-olah menggalakkan anggota parlimen pembangkang terus membuat bising.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang duduk di sebelahnya turut kelihatan tersenyum melihat aksi anggota parlimen pembangkang.

Pembangkang yang keluar dewan dikatkan tidak berpuas hati dengan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof yang tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat.

Berdasarkan peruntukan 4(1), ianya memerlukan nama calon speaker diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang kali pertama.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tun Mahathir menegaskan nama Ariff diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 2 Julai, iaitu menepati peraturan 14 hari tersebut.

-malaysiakini via malaysiaunited

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *