Lelaki Ini Datang Ke Makahmah Sebab Ingin Membalas Dendam Pada Najib? Ini luahan Nya

Hari pertama Datuk Seri Najib Razak didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu menyaksikan kehadiran yang ramai.

Antara mereka adalah pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin yang sebelum ini didakwa di mahkamah kerana melakar bekas perdana menteri itu yang bermuka ‘badut’.

“Mungkin akhirnya dia dapat rasa sendiri apa yang aku rasa semasa berada di bawah pemerintahan dia,” kata Mohd Fahmi Reza.Beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi melihat perjalanan kes tersebut.

Katanya beliau sebelum ini pernah diambil tindakan ketika pemerintahan Najib dan hari ini beliau sendiri mahu mendengar sama ada bekas perdana menteri itu mengaku salah diatas pendakwaan.

Fahmi, 41, sering ditangkap oleh polis berhubung lukisan dan lakarannya. Pada Februari lalu, beliau didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen berhubung karikatur badut yang dimuat naik di Facebook bersama logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Fahmi hari ini memberitahu wartawan kehadirannya bukan sebagai membalas dendam terhadap Najib.

“Tak (datang sebab balas dendam) sebab aku memang ikut kes ini dan juga aku nak dengar sendiri sebab aku berminat sebagai warga negara kita semua berminat nak tahu sama ada kita boleh dapat keadilan.

“Kita mahu semua yang terlibat dalam jenayah korupsi dekat negara ini dibawa ke muka pengadilan.

“Jadi aku di sini untuk dengar dan tengok sendiri sama ada kita boleh dapat keadilan atau tidak,” katanya.Menurutnya, pendakwaan ke atas Najib hari ini, baru di peringkat permulaan.

“Jadi perjuangan ini belum selesai lagi, keadilan belum tercapai lagi. Bagi aku tak perlu kita bersorak gembira sebab belum habis lagi, belum selesai lagi,” katanya.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan memohon untuk dibicarakan.
Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan RM1 juta berserta dua penjamin.Mahkamah juga memerintahkan supaya pasport biasa dan diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Sumber: mkini

TERDAHULU…

Aktivis Fahmi Reza didakwa muat naik gambar aib Perdana Menteri

IPOH: Pereka grafik sambilan dan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memuat naik gambar aib pemimpin negara bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya, Februari lepas.

AKTIVIS Mohd. Fahmi Reza yang didakwa atas tuduhan memuat naik

Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 39, didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Fahmi Reza’ di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 8 Feb lepas.

Pautan itu kemudian didakwa telah dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di sini, pada 2.40 petang, 8 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketua Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam S.Malissa yang mewakili Mohd Fahmi Reza pula memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan ia terlalu berat serta pelu mengambil kira pendapatan anak guamnya sebanyak RM2,000 sebulan.

Malissa berkata anak guamnya yang kini mengajar di Thailand juga telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan SKMM apabila diminta untuk pulang ke Malaysia dan hadir di mahkamah.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lepas, Mohd Fahmi Reza juga didakwa memuat naik gambar palsu perdana menteri bertujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Instagramnya, Januari lepas.

Didakwa siar imej Perdana Menteri yang disunting

Sumber: Astroawani

Sumber: Utusan

via Ohgebang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *