Laporan Arab Saudi sekat kuota jemaah haji Malaysia palsu

MENARA TABUNG HAJI

MENARA TABUNG HAJI

LEMBAGA Tabung Haji (Tabung Haji) menjelaskan laopran yang dikeluarkan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi menyekat kuota jemaah haji dari negara ini dalah tidak benar. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 3 Julai – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi menyekat kuota jemaah haji dari negara ini.

Bahagian hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat Tabung Haji berkata, laporan portal itu sama sekali tidak benar kerana pihaknya tidak menerima sebarang arahan, maklumat dan perkembangan terkini dari Riyadh berhubung perkara tersebut sekali gus menyifatkannya sebagai palsu.

“Kita juga boleh katakan laporan itu adalah fitnah. Tidak berlaku sebarang sekatan sebagaimana yang dilaporkan malah kami ingin menafikan Tabung Haji ada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sekatan ini pada minggu lalu.

“Kami minta portal tersebut jangan cetuskan suasana panik. Jika berlaku sekatan dan sebagainya, tentulah kami orang pertama yang mengetahuinya tetapi sehingga kini, kuota haji adalah kekal sebagaimana kebiasaannya. Tidak ada sebarang perubahan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah berita kononnya hubungan diplomatik Malaysia dengan Arab Saudi dijangka renggang di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hubungan renggang tersebut mahu dibuktikan dengan kononnya Riyadh mula menyekat kuota jemaah haji dari negara ini.

Jurucakap itu menambah, bukan sahaja tidak berlaku sebarang sekatan malah Tabung Haji kini sedang giat membuat pelbagai persiapan bagi musim haji kali ini berjalan dengan baik dan lancar.

Sumber : utusanonline

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *