Kisah Benar – Saya Dikhianati Dan telah dirogol oleh kawan baik saya sendiri..dia letak sesuatu dalam minuman saya dan bila sedar, saya dah

Assalamualaikum, ni akaun fake saya, saya perlukan pendapat warga krt yang dah ada pelbagai pengalaman berkahwin..

Kejadian ni berlaku 4tahun lalu, masa umur saya 18tahun, lepas spm..Saya telah dirogol oleh kawan baik saya sendiri..dia letak sesuatu dalam minuman saya dan bila sedar, saya dah berada di rumah dia dalam keadaan yang sangat2 memalukan..sebelum kejadian ni, saya menjaga batas dan kami tak pernah pegang tangan pun..Saya menangis dan mengamuk, tapi dia hanya meminta maaf dan brjanji untuk bertangungjawab..Alasan dia, sebab dia sayangkan saya dan taknak saya bercinta dengan orang lain bila masuk universiti..

Saya tak cerita kejadian ni kat sesiapa pun termasuk family saya, sebab saya rasa malu sangat.. saya rasa hina, saya rasa macam mimpi.. Lagipun family saya dan family dia rapat antara satu sama lain sebab kami tinggal di kawasan yg sama..saya tak kuat langsung untuk mengadu, cuma mampu mengadu pada Allah… saya cuba berlagak biasa depan semua orang, tapi hakikatnya bila keseorangan, saya menangis, sampai terfikir untuk bunuh diri..

Lepas kejadian tu, dia memang ada jumpa ayah minta izin untuk brkahwin dengan saya, tapi dia pun tak jujur yang dia dah rampas maruah saya..ayah tak bagi, sebab ayah cakap kami masih terlalu muda dan dia pun tak habis belajar lagi.. Sebab dia juga, saya dibuang universiti, saya gagal hampir semua subjek pada semester1, tapi alasan yang saya beri pada family, saya tak minat belajar, dan ayah tak paksa saya.. jadi, saya minta izin dengan ayah untuk berhijrah ke KL untuk cari kerja..saya dah tekad untuk mulakan hidup baru..2018, Alhamdulillah sekarang sy dah kerja tetap dengan gaji yang memuaskan walaupun saya tiada sijil diploma atau degree.. InsyaAllah, jika tiada halangan, sambung belajar PJJ dalam perancangan..Dia? dia pun dah kerja kerajaan sekarang, dan sepanjang tempoh 4tahun ni, saya memang tak akan pernah lupa dan maafkan dia..

Memori kejadian ni sangat menggangu ketenangan saya sebab minggu lepas ayah bagitahu yang family dia nak masuk meminang, jika saya setuju, nak bertunang 3bulan dan terus kahwin..Bila saya cakap saya tak cintakan dia, ayah pujuk saya untuk terima dia sebab selama ni ayah cakap dia anak yg baik, bertangjawab, kerja bagus, dan masih setia dengan saya, kononnya susah sangat nak dapat lelaki mcm ni zaman sekarang..Dia pun dah buktikan kat ayah yang dia dah sediakan rumah dan segala kelengkapan sebagai persediaan lepas kahwin..Paling buat saya terkesan, ayah cakap ni je permintaan ayah kat saya sebelum ayah pergi, selama ni ayah tak pernah halang keputusan saya.. Kalau saya tak setuju, ayah taknak mengaku saya anak..

Kalian rasa patut ke saya terima dia? Perasaan saya kat dia dah lama mati walaupun saya pernah jugak ada hati dengan dia masa sekolah dulu..Kalau ikut hati ni, saya sanggup jadi andartu sebab saya tahu saya memang tak suci, tapi bila memikir permintaan ayah, saya runsing sangat..

komen dari pembaca krt

1. istikharah.
2. lelaki tu mmg betul2 cintakan hang tapi tersilap langkah..(umur 18 tahun apa la yg dia boleh pikir) selama 4 tahun ni tanya dia pnah ada gf tak.. klu tak da mmg dia jenis setia dgn hang.
3. tengok solat dia dan budi bicara. (nampak tak dia berubah or tak)
4. tawakal.
5. ada masalah rumahtangga nanti luahkan lagi.. semua kat sini free2 je nak bagi nasihat..^^

Terima dia.mungkin dia tak berfikiran dgn waras masa dia buat tu.muñgkin betul dia terlalu takut kehilangan awak.lagipun mmg dia yg rosakkan awak kan.kalau kawin dgn org lain,mgkn suami akan fikir yg bukan2 pasal awak..
Tapi itu cadangan shj.terpulang kpd awak

Sumber: infoje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *