Khalid, Samy Vellu, Shahrizat Akan Ditamatkan Khidmat

Dengan hutang Malaysia yang banyak, tak hairanlah bila kerajaan baru mencari inisiatif bagi mengurangkan beban hutang dan menunjukkan kesungguhan bagi menangani pembaziran pada setiap peringkat.

Ini termasuklah dengan menamatkan perkhidmatan VIP lantikan politik. Menurut The Malaysian Insight, antara faedah khidmat yang baik untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) ialah faedah itu kekal walaupun sudah bersara.

Khalid, Samy Vellu, Shahrizat Akan Ditamatkan Khidmat
Namun begitu, pegawai kerajaan memberitahu bahawa pesara kakitangan awam akan mendapat surat penamatan khidmat tidak lama lagi atau kontrak mereka tidak akan disambung.

Beberapa bekas menteri diberikan jawatan dalam kerajaan yang bertaraf menteri, sebuah pejabat, pasport diplomatik serta gaji lebih kurang RM20,000 sebulan serta dilantik menjadi lembaga syarikat yang berkaitan dengan kerajaan kerana kesetiaan dan bukannya kebolehan mereka.

Antaranya termasuklah bekas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, bekas Presiden MIC S Samy Vellu dan bekas Penasihat Kerajaan, Shahrizat Abdul Jalil.

Khalid, Samy Vellu, Shahrizat Akan Ditamatkan Khidmat
Ujar pegawai kanan kerajaan, tindakan ini adalah salah satu langkah yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mengurangkan penjawatan yang tidak perlukerana mereka percaya dengan pengurangan ini, mereka dapat menjimatkan lebih kurang RM500,000 sebulan.

Khalid, Samy Vellu, Shahrizat Akan Ditamatkan Khidmat
Difahamkan, kerajaan juga mahu menghentikan amalan menganugerahkan tempat dalam GLC kepada orang kenamaan lagi-lagi sekiranya belum tentu mereka adalah pilihan terbaik untuk jawatan tersebut.

Khalid, Samy Vellu, Shahrizat Akan Ditamatkan Khidmat
Sementara itu, sumber memberitahu semua pelantikan pemimpin parti komponen BN yang dilantik sebagai penasihat khas kepada menteri akan disemak semula selain mendedahkan terdapat 17,000 lantikan politik yang telah dibuat oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Najib.

“Langkah baru ini melibatkan mereka yang memegang jawatan peringkat menteri dan kedudukan kanan dalam syarikat ada kaitan dengan kerajaan. Mereka sepatutnya sudah mula mendapat surat penamatan khidmat. Sesetengah diberhentikan serta merta manakala sesetengahnya pula tidak akan diperbaharui kontrak tahun ini.”

Bagus juga langkah yang diambil ni. Dapatlah kurangkan beban hutang negara.

Sumber: citeviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *