KEJAM !!! Monyet dirantai, dipakaikan topeng manusia jadi peminta sedekah.

WALAUPUN telah diharamkan pada tahun 2013, aktiviti ‘Topeng Monyet’ masih lagi diteruskan secara berleluasa di Indonesia.

Satu rakaman viral menunjukan beberapa monyet telah dirantai di tepi jalan serta dilatih meminta sedekah sambil dipakaikan pakaian yang kelihatan seperti anak patung perempuan.

Rakaman yang direkodkan di Bogor, Indonesia itu, melihatkan haiwan berkenaan menari berlatarbelakangkan muzik tradisional dan menunggu sesiapa sahaja bagi meminta wang.

Klip itu kemudiannya tersebar meluas di Facebook, menjadi ramai yang menyatakan rasa kasihan terhadap haiwan berkenaan yang terseksa hanya bagi menghiburkan manusia.

Persembahan itu juga adalah sebahagian daripada pertunjukan jalan tradisional yang dikenali sebagai Topeng Monyet di Indonesia.

Ia adalah satu bentuk hiburan kontroversial yang melihat makhluk tawanan terpaksa berpakaian sebagai manusia dan melakukan aksi seperti menunggang basikal dan menari.

Topeng Monyet telah diharamkan di Jakarta, Indonesia selepas satu kempen membantah aktiviti  itu diadakan pada tahun 2013.

Bagaimanapun, amalan ini masih berterusan di seluruh Indonesia.

Klik video kejadian

Sumber : AstroAwani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *