KECOH! Restoran Aliff Syukri diserbu..INI PUNCANYA!

USAHAWAN tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengembangkan empayar perniagaannya dengan melancarkan restoran, Romah Makan Terlajak Laris.

Beliau yang juga Pengasas D’Herbs berkata, restoran tersebut melibatkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM200,000.

“Idea untuk buka restoran sendiri ini sudah lama saya impikan kerana saya sangat suka memasak.Saya bermula secara kecil-kecilan dengan menjual sambal menerusi online.

“Dengan modal RM10,000 saya mendapat keuntungan dan melabur untuk membuka Romah Makan Terlajak Laris,” katanya yang ditemui ketika pelancaran restoran tersebut di Kota Damansara, semalam.

Menyediakan lebih 40 menu tradisional dengan pelbagai cita rasa Melayu, katanya, Romah Makan Terlajak Laris menawarkan harga berpatutan dan beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga lewat malam.

“Saya juga berhasrat untuk mengembangkan cawangan Romah Makan Terlajak Laris ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut melancarkan koleksi baharu jenama tudungnya, AliffbySha dengan harga RM99.

Koleksi Tudung Bawal Satin Silk itu melibatkan kolaborasi bersama lima selebriti iaitu Nadia Annuar, Joy Revfa, Uyaina Arshad, Nabila Razali dan isteri beliau, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

“Alhamdulillah sejak diperkenalkan, koleksi tudung AliffbySha terjual melebihi 10,000 helai sebulan.

“Saya yakin, kualiti tudung menjadi faktor utama jenama AliffbySha menjadi pilihan. Selain menggunakan fabrik kualiti tinggi diimport khas dari Korea dan kelainan corak, kita juga mengekalkan jenama ini dengan cara eksklusif,” katanya.

PUNCA Restoran Aliff Syukri diserbu

RESTORAN milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Kota Damansara diserbu anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana dipercayai meletakkan meja yang menghalang laluan, 8.30 malam ini.

Jurucakap MBPJ yang dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.

Aliff Syukri melalui siaran langsung di akaun Facebooknya meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, Aliff Syukri memberitahu operasi restoran berkenaan berjalan seperti biasa selepas serbuan itu.

Sumber: Metro Online

Viral Aliff Syukri Akan Beri Bantuan Dan Kita Hanya Perlu Hubungi Dia. Ini Respond Aliff Syukri, Adakah Sahih Atau Tidak?


INI bukan dalam filem atau khayalan, tetapi jutawan terlajak laris Aliff Syukri menawarkan diri untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan, sejak 1 Jun lalu.

Dalam facebooknya pada dua hari lalu, sekali lagi beliau menulis: “Sy melihat respon lebih dr 3000org yg memberi komen dr org ramai khususnya rakyat malaysia yg inginkan bantuan dr saya..

saya dengan senang hati ingin memilih beberapa pihak yang memerlukn bantuan saya.. Mengikut kriteria yg spatutnya diberi bantuan..”

Mungkin agaknya wang tajaan RM30 juta yang ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Kedah boleh disalurkan untuk memberi bantuan kepada orang ramai.

Jika RM10,000 diberikan kepada 3,000 yang membuat permohonanan, baru habis RM30,000 dan ini tidak menjejaskan sedikit pun wang jutawan muda itu.

“Siapa yang inginkan bantuan, boleh terus hubungi dan maklumkan mengapa dan sebb anda anda layak diberi bantuan oleh saya..,” tulisnya lagi.

Begitupun, beliau mahukan memberi kepada mereka yang sepatutnya dibantu, bukan kepada orang yang tidak perlu dibantu.

“Sekiranya saya rasa sssiapa yg betul2 memerlukan bantuan, insyaAllah saya akan cuba untuk membantu dengan memberikan bantuan kepada pelajar,janda,asnaf dan mereka yg memerlukan..,” tulisnya.
.
Utk maklumat lanjut hubungi pejabat Alif Syukri di talian 03-61562037, pihaknya akan memilih mereka yang betul2 memerlukan dan pihaknya akan memulakan misi ini pada 14hb -16 Jun 2016 ..

Biasanya orang kaya yang nak membantu akan dikenakan syarat, tetapi jutawan anak Kedah ini hanya mahukan: “Sy tak minta lebih dr anda smua .. Sy hanya minta Share kan dan tag kepada org yg memerlukan utk saya bantu mereka megurangkan beban yg tanggung..,” tulisnya.

Respond Aliff Syukri Di Laman Facebook

 

“kalau nak tau caranya anda perlu subscribe youtube saya dulu iaitu tvterlajaklaris dan anda akan tahu bagaimana cara info utk mendapatkan bantuan dr saya.. inyallah bantuan akan sy berikan 2minggu lagi di daerah jempol pula..”

Semoga apa yang diperkatakan oleh Datuk Aliff Syukri ini benar, kerana memang ramai yang memerlukan bantuan. Mohon dipermudahkan untuk datuk tetapi hati hati sebab kena tapis dahulu takut ada yang menipu.

Sumber: Aliff Syukri Terlajak Laris via Ohgebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *