“Orang Jepun sampai nak minta kaji otak Tun M”-Bekas Pengawal Peribadi Tun M Dedah Rahsia Kenapa Beliau Masih Genius di Umur 94

Orang Jepun sampai nak minta kaji otak Tun M punya la kagum pada kebijaksanaan dia. Rahsia ini dikeluarkan oleh pengawal pernah berkhidmat selama 30 tahun dengan Tun. 🙂

Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh mengembalikan semula kenangan bekas pengawal peribadi beliau semasa bertugas.

Saad Hashim, 77 tahun, berkata, dia sungguh terharu apabila Mahathir sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Saad atau lebih dikenali Pak Ad berkata, dia pernah berkhidmat selama 30 tahun ketika Mahathir menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu.

“Saya sangat gembira apabila Tun dilantik sekali lagi dan terasa ingin bertugas kembali tetapi kudrat saya hari ini sudah tidak mampu lagi untuk bekerja. Ini berbeza dengan Tun walaupun sudah berusia 93 tahun tetapi masih mampu tunggang kuda dan kayuh basikal.

“Sejak dahulu lagi Tun sangat menjaga kesihatannya dengan hanya makan ala kadar untuk mengalas perut sahaja. Apa yang uniknya Tun tidak makan ikan kerana dididik oleh ibunya sejak kecil lagi,” kata bekas Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kubang Pasu.

Menurut Pak Ad, sepanjang berkhidmat, Mahathir disifatkan sebagai seorang yang sangat menepati masa.

Bagi Mahathir masa adalah seperti emas dan sangat berharga. Setiap kali jika ada sebarang program semua kakitangan yang bertugas akan datang lebih awal lagi.

“Tun seorang yang tegas dan berani. Jika beliau hendak sesuatu pasti akan pergi tidak kira sama ada bahaya atau tidak. Contohnya semasa pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dia mengajak saya bersamanya walaupun kawasan itu bahaya sebelum ini.

“Tun sendiri mahu melihat sejauh mana pembinaan UUM pada masa itu. Ini menunjukkan dia sangat mengambil berat tentang pembangunan serta pendidikan kepada masyarakat terutamanya pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke situ nanti,” katanya.

Menurut Pak Ad, tabiat yang masih kekal pada Mahathir sehingga hari ini ialah sering membawa buku catatan dan pen untuk dicatat segala masalah rakyat atau sesuatu yang baharu baginya.

Buku catatan dan pen seperti nyawa beliau kerana Mahathir tidak akan pergi ke mana-mana tanpa dua benda itu walaupun pergi ke luar negara.

“Oleh itu tidak hairanlah jika Tun keluar negara pun dia akan mencatat segala apa yang dia lihat dan dengar supaya dapat memberi panduan kepadanya.

“Sebab itu banyak pembaharuan dibawa masuk semasa di bawah kepimpinannya dengan pelbagai dasar supaya memajukan negara kita ini,” katanya.

Sumber: kakiviral

Dr Mahathir Juara Carta Mingguan Berita Dunia Terhangat Al Jazeera

Perdana Menteri Dr Mahathir menjuarai carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal Al Jazeera, apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan.

Keputusan undian yang dipaparkan secara langsung pada setiap Rabu itu menunjukkan Dr Mahathir memperoleh 49 peratus undian responden yang terdiri daripada penonton saluran itu di seluruh Semenanjung Tanah Arab sekali gus mengatasi tiga tokoh lain.

Timbalan Perdana Menteri Itali Luigi Di Maio memperolehi undian kedua tertinggi dengan 33 peratus diikuti Ulama Saudi Dr Ahmed al-Amari (13 peratus) dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Martin Griffiths (lima peratus).

Menurut pengacara program, nama Dr Mahathir menjadi sebutan dan meraih populariti tertinggi minggu ini ekoran kenyataan lantang beliau terhadap isu Palestin-Israel.

Sebelum ini, Malaysia menyatakan beberapa pendirian tegasnya untuk tidak menerima penyertaan atlet Israel dalam kejohanan sukan antarabangsa yang dianjurkan di negara ini.

Terbaru, Malaysia menolak penyertaan atlet Israel dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadual diadakan di Kuching dari 29 Julai hingga 4 Ogos, menyebabkan hak penganjuran Malaysia untuk kejohanan itu dilucutkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Ahad lalu.

Mengulas mengenai pendirian Mahathir terhadap Israel dalam rancangan yang disiarkan secara langsung itu, Ketua komuniti penyokong Palestin Murad al-Yaqoubi berkata, “Pemilihan perdana menteri Malaysia ini mencerminkan pendirian masyarakat Arab sendiri yang enggan mengadakan sebarang hubungan dengan entiti Zionis”.

Pendirian Dr Mahathir itu juga katanya khusus menggambarkan pengetahuannya terhadap isu Palestin dan bahaya mengadakan sebarang hubungan dengan Israel.

“Mereka yang mengikuti latar belakang politik Mahathir pasti tahu bahawa beliau menolak sebarang penjajahan terhadap Malaysia dan tidak tunduk kepada mana-mana kuasa. Sebab itu beliau menolak keras sebarang bentuk penindasan terhadap mana-mana bangsa atau penerimaan terhadap kuasa penjajahan di mana-mana negara.

“Sangat sukar untuk mendengar suara sebegini daripada pemimpin rantau ini (Arab) sendiri,” katanya.

‘Sibaq Al Akhbar’ program tv interaktif mingguan berbahasa Arab disiarkan secara langsung oleh AlJazeera.net dan memberi peluang kepada penonton Semenanjung Arab memilih dan mengundi berdasarkan kriteria tertentu.

Sumber-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *