Kabhi Khushi Kabhie Gham Filem Box Office Hampir Seluruh Dunia.. Ini 6 Fakta Tentang KKKG Yang Anda Tidak Tahu.. Num 5 Sampai Pengsan Tu

Sudah menjadi kebiasaan, filem mega hit Bollywood pastinya memberi impak besar buat para peminatnya di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Lagu, langkah tarian dan dialog mereka masih kekal diingati hingga kini, meski muncul filem baru yang silih berganti.

Kabhi Khushi Kabhi Ghum… (K3G) di antara filem ikonik Bollywood yang turut mencipta fenomena tersendiri di negara ini. Jom ikuti apa trivia menarik mengenai filem lakonan Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Kareena Kapoor dan Hrithik Roshan ini

Kos Pembikinan Yang Amat Tinggi Untuk Membuat Filem Pada Ketika Itu

Ditayangkan pada 2001, filem yang menelan belanja lebih 6 juta USD ini diarahkan oleh pengarah prolifik India, Karan Johar. Terdahulu, sutradara ini juga telah membina reputasi cemerlang menerusi filem debut arahannya seperti Kuch Kuch Hota Hai.

MEMENANGI ANUGERAH DAN KEUNTUNGAN BERLIPAT GANDA

Menerusi Anugerah Filmfare, filem ini berjaya mengaut lima anugerah termasuk Pelakon Filem Wanita Terbaik dan keuntungan K3G di seluruh dunia di anggarkan lebih 20 juta USD.

ANTARA FILEM HINDUSTAN YANG MEMPUNYAI PALING RAMAI PELAKON POPULAR

Menjadi antara filem Bollywood yang paling mahal pembikinannya, K3G khabarnya turut mempelawa aktres, Aishwarya Ria untuk turut sama berlakon di dalam filem berkenaan.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Amitabh dan Jaya Bachchan bergandingan kembali untuk filem ini selepas 20 tahun. Kali terakhir mereka berlakon sama adalah menerusi filem Silsila yang ditayangkan pada 1981.

KEMUNCULAN SEORANG LAGENDA

Difahamkan, Abishek Bachchan turut melakukan cameo untuk filem berkenaan, namun pada peringkat akhir suntingan, aktor itu meminta untuk wataknya ditiadakan. Bagaimanapun punya tidak diketahui.

BABAK CEMAS YANG BUKAN DARI DALAM FILEM

Ketika penggambaran untuk adegan nyanyian lagu Bole Chudiyan, pengarahnya telah pengsan kerana mengalami masalah diherdrasi. Lalu, dia mengarahkan adegan tersebut hanya dengan menggunakan walkie-talkie.

Kabhi Khushi Kabhie Gham – Shahrukh Khan dan Lata Mangeshkar

Lagu ini mendapat tontonan tinggi di youtube, mencecah 10 juta tontonan dan sekaligus menjadikan lagu Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian Shah Rukh Khan dan Lata Mangeshkar antara lagu popular ketika itu.

SUMBER : MEDIA HIBURAN via ohgebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *