Nelayan menjumpai Bidadari terapung di laut. Selepas diselamatkan ternyata lain yang terjadi

Bidadari adalah kejadian yang bukan manusia dan bukan malaikat, mereka tidak dilahirkan dan tidak pula beranak atau berketurunan.

Menurut perkongsian oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau’izati di IKIMfm, bidadari daripada satu ciptaan seketika dan secara langsung, diperintahkan Allah SWT: ‘Jadilah.. maka jadilah mereka.’

Allah SWT menciptakan bidadari di dalam keadaan perawan, sentiasa muda dan tidak tua, mempunyai sifat kasih sayang dan sebaya antara satu sama lain. Cantiknya bidadari tidak ada tolok bandingnya dengan keindahan makhluk yang dapat dilihat di dunia. Namun, apabila di syurga kelak, Allah SWT menjadikan ahli syurga dapat melihat keindahan ciptaan-Nya. Tapi lain pula kisahnya yang berlaku kepada Nelayan ini

Ramai yang berpendapat, lelaki ini pantang nampak wanita cantik, terus kata bidadari dari syurga lah, puteri kayangan lah dan macam-macam lagi. Yelah siapa yang tak akan terpikat kan.

Tapi apa yang berlaku di Sulawesi ini agak lain dari yang lain.

Kisah ini dipercayai berlaku pada 2016, namun mula menjadi viral selepas ramai yang retweet status ni.

“Ingat bidadari, rupanya se ex doll”

Sumber : Twitter
Kalau korang nampak badan terapung di laut, mesti korang akan fikir itu merupakan manusia. Dan dah jadi kemestian kepada kita untuk bantu ‘individu’ yang berada dalam kesusahan itu.

Namun bagaimana kalau ‘manusia’ yang korang bantu itu merupakan bidadari?..takkan la hantu?

Dipakaikan blouse dan hijab setiap hari

Itu lah yang disangkakan nelayan di wilayah Sulawesi, Indonesia selepas terjumpa wanita cantik yang terapung di laut terus disangkakan bidadari yang turun dari syurga.

Sumber : Twitter

Disebabkan wanita yang disangka bidadari itu tidak bergerak, maka nelayan ini pun membawa pulang ke rumah. Malah siap pakaikan baju dan tudung lagi okey.

Yelah, siapa tak sayang lagi-lagi wanita itu cantik mesti dijaga dengan baik kan?

Namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Kisah nelayan terjumpa ‘bidadari’ tu kecoh sampai ke pengetahuan pihak polis.

Mesti lah pihak polis akan pelik dengan penemuan tersebut kan? So, polis pun pergi tengok sendiri ‘bidadari’ tersebut di rumah nelayan itu.

Rupa-rupanya….

Rata-rata netizen di twitter terkejut kerana nelayan tersebut tidak boleh membezakan antara manusia dengan patung, malah mereka siap troll lagi dengan kreativiti masing-masing..tapi betul juga, obvious kot.

Cuma satu status yang menarik perhatian admin daripada seorang ini di twitter yang mengatakan rumah nelayan tersebut tidak jauh dari rumahnya, katanya ramai yang datang ke rumah nelayan tersebut semata-mata ingin melihat dan bergambar dengan ‘bidadari’ itu.

Hurmm admin tak tahu nak cakap macam mana, admin pun jadi blurr bila se ex doll dikatakan bidadari…hurmmm

sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *