Jorge Pereyra Diaz Terperangkap dengan JDT

­

Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz, perlu menyelesaikan urusan kontrak dan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) dengan majikannya itu jika hasratnya untuk bermain bersama pasukan lain mahu diteruskan.

Tindakan Diaz itu hanya memerangkap dirinya sendiri jika alasannya lari daripada Harimau Selatan hanya kerana ingin menyertai pasukan lain kerana ia tidak semudah yang disangka.

Secara jelas, Diaz perlu menyelesaikan isunya bersama JDT terlebih dahulu selain mencapai kata sepakat berkenaan kontraknya yang akan berakhir hujung tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, Diaz perlu mendapatkan ITC yang hanya berhak dikeluarkan oleh JDT.

“Dia terpaksa balik untuk berbincang dengan JDT bagi mendapatkan surat pelepasan tetapi dia tidak boleh berbincang dengan pasukan luar.

“Musim ini baru bermula, kontraknya masih berbaki sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini,” kata Paul.

Difahamkan, Diaz meninggalkan JDT kerana ingin menyertai Persib Bandung yang kini dilatih bekas jurulatih JDT, Mario Gomez.

“Selagi dia masih terikat dengan kontraknya (bersama JDT), dia tidak boleh menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain.

“Ia akan mengundang masalah besar kepada pemain itu sendiri, misalnya mereka akan melanggar peraturan perpindahan pemain,” ujarnya lagi.

sumber:- stadium astro Via mediaheboh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *