Jangan Membuat Dakwaan Sekadar Memenuhi Nafsu Politik !!! Hilang Amanah…

Berdasarkan kepada ingatan saya, saya yakin, semua prosedur dan proses perundangan telah dipatuni berkaitan dengan rundingan dan perlaksanaan dua projek saluran paip yang dibangkitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Saya turut dapati Guan Eng telah menyebut kesemua bayaran yang dibuat kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) adalah mengikut perjanjian dan bukan kepada pihak-pihak lain. CPPB ialah anak syarikat kepada salah sebuah syarikat terbesar di dunia dan dimiliki kerajaan China – China National Petroleum Corporation.

Kedua-dua projek saluran gas ini yang lebih ekonomik dan jaminan manfaat bekalan tenaga bagi Malaysia telah dirunding melalui asas kerajaan kepada kerajaan (government to government) dengan kerajaan China.

Saya dan Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kesefahaman (MoU) bagi projek saluran gas ini bersama beberapa projek lain ketika membuat lawatan rasmi ke Beijing pada 14 Mei, 2017.

Pada majlis yang sama, China turut memberikan komitmen untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion bagi tempoh lima tahun dari Malaysia, membuat pelaburan sehingga US$150 bilion di Malaysia dan menawarkan 10,000 tempat bagi latihan serta pendidikan untuk rakyat Malaysia di pelbagai institut di China.

Tidak lupa pula komitmen daripada kerajaan China membantu pekebun kecil sawit di Malaysia dengan pembelian tambahan minyak sawit daripada kita.

Saya mengalu-alukan penyiasatan secara telus dan terbuka terhadap kedua-dua projek ini, namun kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu dakwaan bermotif politik terutama melibatkan syarikat milik sebuah negara asing yang mungkin akan mencetuskan kesan negatif terhadap hubungan dan perdagangan antarabangsa Malaysia.

Sumber: bicaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *