Nurul Izzah Di Tempelak Gara-Gara Kerana Beri Komen Neg4tif Ini Kepada Tun M

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan komen tidak baik terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, apatah lagi menerusi wawancara media Singapura The Straits Times pada Jumaat lepas.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya berkata Nurul Izzah yang arif dalam arena politik, masih belum cukup matang, tidak rasional serta emosi dalam memahami pendirian Dr Mahathir serta kerajaan.

“Apa yang dilakukan oleh perdana menteri dan kerajaan ketika ini tidak harus dilihat secara peribadi oleh Nurul Izzah, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.

“Sebagai seorang daripada anggota parlimen dan bekas Naib Presiden PKR, saya yakin Nurul Izzah tidak lupa bahawa kedudukan Dr Mahathir sebagai perdana menteri adalah keputusan sebulat suara majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH), manakala segala keputusan membabitkan hal ehwal pentadbiran kerajaan diputuskan bersama oleh jemaah menteri,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

“Saya juga percaya Nurul Izzah faham serta akui bahawa tanpa YAB Tun, mustahil PH menang PRU14 serta mampu membentuk kerajaan pada hari ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, ketika wawancaranya bersama akhbar Singapura, The Straits Times, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya selain meluahkan isi hati beliau yang beliau sukar bekerja dengan Dr Mahathir. – BERNAMA

Nurul Izzah Amat Sedih. Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Punca Dah Tawar Hati

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengaku “patah hati” dengan perkembangan politik kebelakangan ini.

Dalam wawancara Straits Times, Nurul Izzah juga memberi gambaran bahawa penggal ini akan menjadi yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Memberi gambaran tentang perkembangan politik dalam tempoh setahun lalu, anak perempuan Presiden PKR Anwar Ibrahim itu berkata: “Sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah seperti patah hati.”

Wawancara itu menggambarkan Nurul Izzah sebagai keberatan menyatakan secara spesifik sebab patah hati kerana mahu terus memberi “hormat” dan tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, Nurul Izzah menyebutkan beberapa perkara yang mengecewakannya.

Salah satunya, Nurul Izzah mengakui penyertaan bekas ahli parlimen Umno dalam parti komponen PH merupakan perkara yang mengecewakannya.

” Ia situasi sukar yang sangat buruk, bukan hanya untuk PKR, tapi juga untuk pengundi dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

” Ia situasi yang sangat menyedihkan kerana saya percaya sistem dua gabungan penting untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Nurul Izzah juga menegaskan perlunya naratif jelas untuk menguatkan golongan yang dianggap moderat.

” Kita tidak begitu tumpu untuk menguatkan yang di tengah-tengah. Kita tidak cukup berusaha untuk ketengahkan golongan yang dianggap moderat,” tambahnya.

Selain itu, bekas naib presiden PKR itu turut mengakui cabaran bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang satu ketika dulu merupakan seteru ayahnya.

” Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Dua hari lalu, Nurul Izzah dilapor meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Perkembangan itu hadir selepas Dr Mahathir mengarahkan agar Ronald Kiandee terus memegang jawatan pengerusi PAC, meskipun bekas ahli parlimen BN itu sudah menyertai PH.

Keputusan Dr Mahathir itu dilihat bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangkang.

Disember tahun lalu, Nurul Izzah membuat keputusan yang mengejutkan apabila meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah juga sudah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan menumpukan untuk menjadi ahli parlimen.

Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *