“I Think She Needed To Check Up…”- Netizen Komen Gambar Fazura Ada Baby Bump, Fazura Mengandung?

Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengenali wanita yang cantik bak bidadari, Fazura isteri kepada pelakon hebat dan penyanyi, Fattah Amin.

Apa tidaknya kalau boleh setiap hari ada sahaja video sweet moment mereka sebagai suami isteri. Sampaikan ada yang jadikan Fazura dan suami sebagai idola dalam hidup berumahtangga. Boleh bersemut kalau tengok video-video sweet mereka berdua ni tau.

Baru-baru ini, Fazura baru sahaja selesai menjalani fesyen show The Infinence Busana Raya yang memperkenalkan koleksi baru beg tangan dan juga kasut.

Fazura telah memuatnaik gambarnya semasa fesyen show tersebut berlangsung.

Yang menarik perhatian netizen adalah gambar Fazura yang kelihatan sudah ada bentuk seperti baby bump atau perut orang mengandung.

Rata-rata netizen memberikan komen terhadap gambar yang dimuatnaik oleh Fazura dalam instagram miliknya.

Ada netizen mengatakan nampak ada baby bump. Ada juga yang kata Fazura perlu pergi buat check up kerana mungkin dia telah mengandung.

Muka Fazura juga dikatakan semakin cantik dan ada naik seri. Mungkin seri pengantinnya belum hilang lagi barangkali. Hehehe…

Diharapkan doa peminat untuk Fazura dan Fattah Amin untuk menimang cahaya mata dimakbulkan oleh Allah swt. Sama-sama kita doakan yang terbuat buat Fazura dan suaminya.

Sumber : CeritaDunia / Soyalemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *