Harry Novillo Pengganti Jorge Pereyra Diaz?

Setelah pemergian Jorge Pereyra Diaz yang secara tiba-tiba meninggalkan pasukan, peminat tertanya-tanya tentang langkah yang akan diambil oleh Johor Darul Ta’zim bagi menggantikan penyerang dari Argentina tersebut. Terbaru, dikhabarkan pemain sayap Baniyas Club, Harry Novillo bakal menjadi pengganti kepada Jorge Pereyra Diaz.

Siapa Harry Novillo ini ? Mari kita bahas sedikit tentang beliau. Novillo dilahirkan di Lyon, Perancis tetapi memegang pasport negara Martinique ketika ini. Dimana Martinique ? Ianya terletak di kepulauan Caribbean. Beliau memulakan karier bola sepak profesional bersama Olympique Lyonnais pada 2010. Dalam karier profesional pemain berusia 26 tahun ini, beliau sudah mewakili 8 pasukan berbeza.

Selain itu, Novillo juga mempunyai pengalaman beraksi dalam persekitaran bola sepak Asia. Beliau menyertai Melbourne City FCdaripada kelab Liga Perancis, Clermont pada musim 2015/2016. Novillo berjaya menjaringkan 13 gol dalam 31 perlawanan ketika beraksi disamping pemain Australia, Aaron Mooy. Satu pencapaian yang agak baik oleh seorang pemain sayap.

Sumber Video: Football History

Selepas bersama Melbourne City selama semusim, Novillo menyertai kelag Liga Turki, Manisaspor. Setelah bersama Manisaspor selama satu musim, Novillo menyertai Baniyas Club dalam saingan Liga UAE.

Di peringkat antarabangsa pula, Novillo pernah mewakili pasukan kebangsaan Perancis bawah 17 dan 19 tahun. Novillo memilih untuk mewakili Martinique bagi pasukan senior.

Jika kita melihat kepada perjalanan karier Novillo setakat ini, Novillo ialah jenis pemain yang tidak akan kekal melebihi satu musim. Beliau juga pernah berdepan dengan beberapa masalah disiplin. Beliau juga pernah digantung sewaktu bermain untuk Melbourne City kerana masalah yang menimpa beliau.

Besar tanggungjawab dan juga beban yang harus dibawa Harry Novillo sekiranya beliau menggantikan Jorge Perayra Diaz. Tugas sebagai perancang utama di bahagian serangan antara tugasan yang menanti Novillo sekiranya beliau dipilih kelak. Bukan mudah untuk mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Diaz.

Apa pendapat anda mengenai Harry Novillo ini ? Adakah beliau pemain yang sesuai untuk menggantikan Jorge Pereyra Diaz ? Ataupun JDT harus mencari lain bagi menggantikan Diaz ?

Sumber : inikanbola.my via infomamak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *