“Hari Sabtu Kita Nikah, Hari Ahad Kita Bersanding!” – Zara Zya Tergamam Dengar Tok Adi Bagi Pick-Up Line

 

Pelakon drama bersiri Monalisa, Zara Zya tergamam selepas mendengar ‘pick-up line’ yang diberikan oleh pelakon senior, Nasir Bilal Khan.Menerusi sedutan rakaman program CCTV yang dihoskan ole Aril Pilus dan Aliff Farhan, Nasir diberikan cabaran untuk memberikan ‘pick-up line’ kepada Zara.Potongan video tersebut dimuat naik di laman YouTube Thinker Studios.Nasir yang terkenal dengan watak Tok Adi bertanyakan kepada Zara, hari minggu apa yang paling digemari olehnya, Sabtu atau Ahad dan Zara menjawab dia lebih menggemari hari Ahad.

“Hari Sabtu kita nikah, hari Ahad kita bersanding!” kata Nasir dengan gaya bersahaja.

‘Pick-up line’ yang diberikan oleh Nasir kepada Zara nyata membuatkan gadis itu terdiam dan tersenyum manis.Selain Zara dan Nasir, artis lain yang hadir memeriahkan rakaman program CCTV adalah Hafreez Adam dan Izzue Islam.Di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan aksi ‘sporting’ Nasir dan terhibur melihat telatah mereka.Video dengan tajuk “CCTV: Tok Adi Belanja Pickup-Line Tanah Kubur!” itu telah dimuat naik pada 16 April lalu.Meraih hampir 100,000 tontonan, video tersebut menduduki carta ke-18 trending di laman YouTube.Nasir dan Izzue hadir bagi mempromosikan drama bersiri Tok Adi yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam di Astro Oasis.Zara dan Hafreez pula hadir untuk mempromosikan drama bersiri Monalisa yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima.

Jangan lupa saksikan CCTV setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: YouTube Thinker Studios

SUMBER

[VIDEO] Terlalu Gementar, Khai Bahar Nyanyi Mic Terbalik Di MeleTOP! Tapi Aksi Lucu Nabil ‘Cover’ Buat Netizen Terhibur Sebab…

KUALA LUMPUR: Tahun 2017 yang akan melabuhkan tirai beberapa jam lagi nyata menjadi detik cukup cemerlang buat penyanyi baharu, Khai Bahar, apabila pelbagai anugerah diraih olehnya.Terbaharu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi aplikasi Smule itu membawa pulang lima lagi trofi, kali ini daripada program Top Hot 2017 anjuran stesen radio Hot FM.Single baharunya, Luluh, diumumkan sebagai Lagu Hot 2017 yang membolehkannya menjulang tiga trofi, masing-masing untuk penyanyi, pencipta dan penulis lirik. Lagu berkenaan dicipta sepenuhnya oleh bakat berusia 23 tahun ini.

Undian dibuka kepada peminat bermula 13 November sehingga 15 Disember lalu dan keputusan diumumkan awal pagi semalam menerusi stesen di bawah Media Prima Berhad berkenaan.Khai turut menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017, yang menggandingkannya dengan seorang lagi penyanyi baharu, Wany Hasrita.Secara keseluruhan, Khai kini memiliki 10 trofi dalam tempoh setahun lima bulan menceburi dunia seni.Dalam entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Khai menceritakan secara terperinci latar belakang keluarga termasuk pekerjaaan bapanya sebagai pemandu teksi dan ibunya yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

“Nama saya Muhammad Khairul Bin Baharuddin, saya berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis. Bapa saya bekerja sebagai pemandu teksi, ibu saya suri rumah, saya ada 6 (enam) beradik dan saya anak ke-4 (keempat).

“Kepada sesiapa yang menuduh saya seolah-olah malu mahu mengaku anak Perlis, saya dah maafkan anda dan maafkan saya jika kehadiran saya menyusahkan hidup anda. Kalau tak suka, mohon jangan ambil tahu pasal saya,” tegas pemuda itu memetik kapsyen yang dimuat naiknya.Khai juga menambah, dia amat bersyukur kerana Allah telah memberikannya rezeki dan mendapat kekuatan daripada restu ibu bapa serta sokongan para peminatnya.Pada episod terbaru Meletop malam tadi, beberapa orang bakat baru telah menjadi artis jemputan iaitu Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Asad Motawh. Seperti biasa, apabila artis jemputan bergabung dengan hos yang gila-gila seperti Neelofa dan Nabil rancangan memang akan havoc habis! Ada je idea Nabil nak menyakat dorang semua ini kan.Namun, apa yang menjadi perhatian dan perbualan netizen adalah aksi lucu Khai Bahar yang tak perasan mic terbalik. Punyalah syok ambil feel sampai tak perasan! Hahaha. Nasiblah suara maintain power! Habislah Khai kena bahan setahun dengan Nabil hahaha

Malu oi, mic terbalik!

Netizen Terhibur

 

Di instagram story, Khai Bahar juga ada meminta maaf kerana telah mencetuskan ‘insiden’ melucukan tersebut. Menurutnya, Khai terlalu gementar berdepan dengan peminat yang ramai di hadapannya. Dahla tengah live, ramai orang pulak tuuu adui memang malu betul. Hahaha. Merah padam muka Khai nasib baiklah Nabil dengan selambanya peluk dan menutup muka Khai.

Fuh memang lain macamlah aura Khai Bahar ni kan, mic terbalik pun orang boleh suka. Diharapkan janganlah pula Khai ulang lagi kejadian ni okay!

sumber : mStar Online, youtube MeleTOP via kisah dunia / Soyalemon via Media2020

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *